Pages

Khamis, 1 September 2016

Aktiviti Hari Merdeka

Malam merdeka kami pergi main bowling.sudah lama sangat aku tak main. Sebelum puasa haritu office papa ada buat tournement bowling. Cabutan bertuah dapat voucher main bowling..buy 1 free 1. Adalah dapat 3 keping dan voucher tu expired 30 Ogos. Jadinya gigihla ajak papa main bowling. Haritu datang mika dalam perut lagi.kalini mika dah berusia 50 hari.

Abang rayyan main masuk longkang aje.lepas tu sentap..nanges! Sabar aje laa..si amsyar pun sama juga. Tapi bila dapat jatuhkan pin..excited happy sangat. Diorg main bola no 5 je.bola paling ringan.First round papa main.then, second round dia bagi kami main aje. Dia jaga mika. Kesian kat mika. Nak tidur pun tak senang sebab asyik kena passing sana sini.sekejap aku dukung.. sekejap papa dukung. Pening dia. stroller dia kami tak beli lagi. Nanti balik kl raya haji baru plan nak beli. Abangnye punya dulu dah selamat papa jual kat besi buruk masa kami nak pindah sini dulu! sedihkan..uhuk

Oh ya! dapat main bowling memang best laa..pulun giler aku main! Mak yang terlebih excited. Lepas gian weyyy..hahaha.tapi dalam pada tu aku beringat jugakla yang aku baru lepas bersalin.bola pun ambik yang ringan aje..guna tenaga tangan. Tak melibatkan bebanan pada badan dan perut.

Lepas main..budak2 pun tidur kepenatan.plan nak makan chicken chop otw ke chenang tapi tutup pulak. Patah balik ke kuah makan kat restoran mamak tempat kami biasa lepak. Budak berdua tu memang dah nyenyak sangat jadi keluar bawa mika sahaja.aku makan cheese nan with thandori chicken.memang teringin sangat nak makan.bila habis pantang macam-macam pula aku mengidam.kalah masa mengandung dulu..licin aku makan.sedap giler! akhirnya kami sambut merdeka tepat jam 12 kat kedai mamak! Budak2 convoy basikal lepak kat situ. Jadi havocla ramai2 laung MERDEKA!

Balik terus  tido..camna tak gem..haha

Pagi hari merdeka kami ke cable car pula. Harini ada perasmian kiddytown (latest product by panorama). Papa kena attend perasmian jam 11 pagi. Pagi tu ada colouring contest. Amsyar tak join pun walaupun ramai kawan tadikanya join.amsyar ni pegang pensil pun kadang tak betul..apatah lagi colouring memang fail la..baik tak payah masuk.tapi dia excited nak cepat sampai..nak jumpa kawan3 kononnya..

Selesai majlis tu, kami balik..tak boleh nak lama-lama sangat kesian kat mika..kecik lagi. Lagipun sangat berat dukung si bam bam ni..lenguh tangan tau! Balik tu sampai kereta kunci takde dalam poket papa. rupanya papa dah tercicirkannya. Jenuh papa cari merata..patah balik ke kawasan cable car.jauh pula kami parking. at last tanya org jaga parking dan diorg tolong caarikan..dan jumpa.ada orang jumpa dan bagi security guard. Alhamdulillah.

Balik singgah lunch kat cafe kaki gunung makan nasi arab! Tempat feberat kami..sedap sangat2. Banyak aku makan..pejam mata laa..pasni baru diet! Haha

Balik tu dah tak larat nak singgah mana2 lagi. Sampai rumah terus pengsan! ;)

Inilah kisah kami di Hari Merdeka! Bangga menjadi rakyat Malaysia. Moga negara kita kekal aman, makmur dan di bawah lindungan rahmatNya..amiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan