Pages

Monday, May 28, 2012

Perubahan diri

Bila dah tahu diri pregnant, pelbagai perubahan aku dapat kesan dalam diri dan kehidupan seharian. Waktu pagi kat office masih steady lagi. masih cool lagi. everything under control...bila jam 11 pagi perut berdangdut mau di isi. nasiblah depan office ada medan selera. jam 9 pagi pun dah boleh beli nasi campur. So, biasanya jam 11 lebih tu aku dah pegi tapau nasik!sedap tau!!lauk semua panas-panas. buat masa ni selera aku hanya pada ikan dan sayur je. kalau tengok ayam mau muntah aku dibuatnya.

Ok, bila ada kerja macam biasa lah, tak perasan masa bergerak. tengok2 dah pukul 5.30ptg. berdezup aku hidup kan enjin keta nak balik. tapi, Ya Rabbi, kalau tak de kerja tu, rasa lambatnya masa berlalu, macam harini...alahai azabnye la nak tunggu jam 5.30 ptg. Rutin biasa, jemput Rayyan kat rumah TokSu dia kat Kg Pandan, then jemput pula papa dia kat stesen chan sow lin. sampai sini boleh lah passing stereng dan aku dengan segala hormatnya duduk belakang tido... (bebenornyer si Rayyan ni tak bagi aku dok sblh papa nyer... dia suruh aku duduk belakang!!sabo je laaa) tapi kira ok gak. dok belakang aku pun zzzzzzzzzz. Then singgahlah mana-mana tempat untuk makan malam. papa basanya ikut je mana tempat yang aku teringin nak makan. kalau takde teringin apa2, papa berhenti ja kat mana2 atau kami order je makanan kat apartment kami. Sampai rumah kalau rajin terus mandi, tapi biasanya tak rajin...layanlah cerita kol 7 tu sampai lah kol 8. baru mandi dan solat...alamak!!lewatnyer aku solat!kantoi suda.... pas siap solat tu, aku pun pergi bilik tengah dan zzzzzzzz. memang sekarang ni kalau nak rest suka duduk bilik tengah. macam senang je terlena. bila terjaga baru masuk bilik kami. Bila kat rumah, tugas menjaga Rayyan semuanya diambil alih oleh papa. dia la yang dok rajin layan rayyan main & tengok tv. sian papa....sambil buat asignment sambil jaga rayyan. aku memang totally flat. kalau tersilap makan waktu siang tu... habislah aku muntahkan balik makanan tu. sampai sakit tekak ni tau!kalau tak cukup tidur plak, sampai office memang aku mengantuk tahap gaban. menguap ja kerja nya...

nak elak daripada rasa mual sepanjang masa, aku makan benda-benda yang masam. asam orange peel menjadi peneman aku disepanjang masa. kalau tidak perut ni rasa tak sedap je...rasa lapar tu memang setiap masa lah. dah la kerja aku duduk ngadap komputer. lagi lah rasa lapar.......tak kuar peluh langsung. banyak stok makanan dalam laci ni! :)) alamat lah berat makin bertambah dan bertambah. harap2 lah dipermudahkan tak kena sebarang penyakit macam kencing manis @ darah tinggi @ diabetic. risaulah pulak kalau2 terkena. minta2 lah dijauhkan...Amin...

Hujung tahun Rayyan bakal jadi Abang! Insyaallah

Camna nak cerita ye...nak mula dari mana pun aku tak tahu. tapi pucuk pangkalnya Alhamdullillah now i'm ini 10 weeks pregnancy. masih awal lagi dan moga-moga ianya berjalan dengan lancar. Mengikut pengiraan, aku bakal bersalin pada 25 Disember 2012. Insyallah dalam tahun ni juga.

Aku dah rasa lain macam masa tak datang period bulan lepas. patutnya setiap 29 hari je akan naik lah bendera merah tu. tapi bulan ni bendera tak mo naik.masa tu pulak aku tengah ikut papa Rayyan handdle program kat hotel Grand Season. mula-mula macam tak nak lah inform sebab papa masa tu memang terlalu busy dengan kelas dia la...asignment dia lah...keja dia laa...dan macam-macam lagi lah. tapi aku rasa tak sabar la pulak nak bagitau dia. so, otw pegi hotel tu aku bagi la hint-hint skit kat dia....Pa, rasanya Rayyan macam nak dapat adik jew.... direct bebenor hint aku  tu kan!hahhaha..so, papa agak terkezut tp macam dah menjangka ja.. < buat-buat paham la yer....> Alhamdullillah papa kata rezeki. lagipun time bersalin nnti Rayyan dah 3 tahun, so kira dah ok sgt la kan. aku dulu c-zer memang nak kena gap 3 tahun pun. Lepas balik hotel tu, aku buat lah UPT test. memang positive la...kuar 2 line. terang sesangat.next week nye check pulak kat klinik sebab nak confirmation and result pun alhamdulillah sama seperti test yang aku buat sendiri kat rumah.

Mula-mula tu kami tak beritahu sesiapa pun sebab masih awal lagi kan. Tapi last week semua famili terdekat dah dapat tahu. Papa inform kat parents in law. aku pulak masa balik Klang bgtau kat parents aku. aku jadi confident lepas dapat tengok sendiri baby dalam perut masa buat scan hujung minggu lepas. Mulanya pergilah klinik yang aku biasa pergi tu tp dia kata baru 9 minggu tak boleh buat scan coz dia takde 3D scanning machine. So, aku yang rasa macam tak puas hati ni nak gak pergi scan. finally kami pergi Al-Zahrah Bangi. lamenye la nak tunggu  turn. aku pun dah naik mooddy menunggu. dalam 1 jam suku kot menunggu baru dapat jumpa doctor. ingat kan nak je marah si doktor tu tapi masuk-masuk bilik je dia yang minta maaf dulu sambil hulur salam. terus lembut hati wanita aku ni...chewah!!. ok, doktor  bawa ke bilik scan. and for the first  time...Rayyan nampak adiknye dalam perut mama. terpegun betul dia saat tu. la ni bila kami tanya mana baby....dia jawap dalam perut mama... so sweet kan.. :)). Doktor kata keadaan semua ok dan normal  dan dia terus bagi surat rujukan untuk kami buka buku merah kat HUKM nanti. Insyaallah aku akan bersalin kat HUKM sama macam Rayyan dulu sebab HUKM dah de rekod perubatan aku dedulu....

Perasaan...ermmm...cuak tu memang la ada...teruja pun sama...dalam family aku tahun ni je ada 4 orang termasuk aku yang akan dan sudah bersalin. Diorang pun dulu bersalin ngan aku tahun 2009. cumanya ada yang tahun lepas pun dah bersalin dan tahun ni pun tambah lagi. sungguh produktif kan family aku!! :) Dulu Rayyan cucu yang ke-25 dan Insyaallah adik si Rayyan ni bakal cucu yang ke-31 Wak Manaf dan arwah Nenek Leha..

Aku berdoa agar kandungan membesar dengan sihat dan baby dapat lahir kedunia dengan selamatnya. Sesungguhnya kami amat teruja dengan penantian ini. 30 months to go...Insyaallah

Tuesday, May 22, 2012

RUMAH OH RUMAH

Pencarian untuk membeli rumah memang sentiasa berterusan. lebih-lebih lagi papa yang serius mencari rumah untuk kami sekeluarga. papa kata dah hampir 4 tahun kami menyewa. untung owner rumah tu. rugi penyewa rumah tu huhuhu..tiap bulan kuar duit papa bayar sewa. aku tolong kira dan hulur duit tu pada owner je! ;)) Mula-mula ingat nak duduk kat kuarter Purtajaya. tapi macam jauh lah plak nak ulang alik KL-Putrajaya. so, kami menyewa lah kat Sungai Besi. Start menyewa sebulan sebelum kami nikah. tapi kami tak delah duduk sama lagi! karang kawen free la plak!!papa n da geng start mengecat, n beli perabot yang basic. lepas je habis majlis resepsi kat Kedah kami balik KL & terus ke rumah sewa terchenta kami ni. rumah di mana terhasilnya rayyan...opphhh!!terlebih suda..

Alhamdulillah, last year papa ada beli tanah lot banglo kat Hulu Langat. tapi still dalam proses pecah geran. Insyaallah kalau everything come smooth hujung  tahun ni kami dapat geran tu. but the same time, kami kena gak cari second option dalam pencarian rumah ni. Maklumlah, lepas dapat geran nanti, still take time untuk urusan nak cari kontraktor, designer dan kelulusan yang macam2 tu lah. then nak tunggu lah juga jiran-jiran tanah tu buat rumah. tak mo la nanti rumah kami je sebijik yang terpacak kat situ. Jadinya kami terus kan pencarian mencari rumah ku syurgaku itu... kalau dah de rumah ni, boleh lah kami delay dulu buat rumah kat tanah tu...tunggu papa naik pangkat lagi dan lagi...boleh dapat besar lagi portion buat loan gomen ni. Insyaallah. moga dipermudahkan segala urusan kami.

Kami pernah try nak beli rumah bank lelong kat apartment yang aku duduk sekarang. bukan main lah semangat dah buat banker cek. aku ni siap dah tercongok kat tempat lelong tu. alih-alih last minit owner rumah dapat settlekan outstanding loan ngan bank. frust gak time tu! last week plak papa ada tengok iklan kat mudah.com. ajen tu kata orang yang nak beli rumah ni loannya tak approve, tapi tengah try pulak guna loan wife ye. so, kiranya kami berstatus waiting list la & harap agar loan depa tak approve! jahat kan kami!tapi doa kami tak dimakbulkan pun...papa siap termimpi2 lagi!!sian papa.

tapi Alhamdulilah, rupa-rupanya Allah masih syg pada kami. Allah ingin berikan yang lebih baik pada kami. disebabkan papa dah berkenan dengan lokasi rumah yang tak dapat tadi, papa pun men google balik mudah.com. dapat tempat yang sama, tingkat yang sama dan yang bestnyer end-lot & extra saiz lagi. set appoinment nak tengok rumah ari ahad tapi papa kata firasat dia macam tak sedap hati je. call balik ejen tu kata hari sabtu ada org nak buat apoinment dgn dia.papa apa lagi takut pisang berbelah banyak kali, papa pun awal kan appoinment ke hari jumaat. kami berdezup p jumpa agen. tengok rumah terus jatuh hati. memang basic unit, owner tak pernah duduk pun walaupun dah 5 tahun. wirering semua xde lagi. pas setuju kami pun buat banker cek bayar 3 %. la ni tgh tunggu SnP agreement n bayar 7%. Lepas settle loan, kami boleh lah pindah ke rumah itu! moga semuanya dipermudahkan. walaupun rumah tu tak besar mana tapi kira oklah untuk kehidupan keluarga kami yang kecil ni. mama memang dah bgtau kat papa, walaupun rumah tak de tanah tapi ada balkony pun dah cukup memadai untuk mama buat mini gardening!! (angan-angan tu!!huhuhu). balcony mengadap pool plak tu. memang syiokk la..boleh skodeng!!hahahha.

Nnti aku updated pasal rumah ni. harap2 semuanya menjadi. and salah satu impian kami untuk tahun ini akan termakbul. Amin.... Rezeki anak bak kata papa.... :)

Penghijrahan karier

apa nak cerita dulu ye...baru aku ingat last post aku bulan december tahun lepas! maknanya dah 5 bulan aku tak menconteng rumah ku ini! wal hal boleh dikataan tiap hari aku akan buka pintu...cuma tak de spirit nak menulis ja. so, mula-mula nak cerita pasal kerja lah. dah nye sekaramg ni pun menaip guna harta syarikat. sambil menyelam sambil minum air!tu la namanya pekerja yang smart kan!!hahhaha..

k ar...aku dah start kerja kat sini since Oktober last year. means pejam celik dapat gaji abis gaji...dah 7 bulan aku keja kat sini. so far, environment pun ok. ofizmate pun ok. bos pun ok sgt. walaupun syarikat ni takde lah bertaraf multi nasional company or public listed company tapi yang penting aku happy kerja di sini.

yang palig best kan... parking free n senang nak p cari makanan. memang takkan kebuluq la keja kat cn... hehehe.. setakat ni pergi balik kerja pun still boleh together. pagi drop papa kat lrt sg besi and  straight used MMR2 drop rayyan plak kat kg pandan. then aku berdesup p ofiz. balik pulak jemput my little hero & then jemput plak bapak hero ket lrt chan show lin...senang kan kerja aku sebagai driver!!!HUHUHU

skop tugas sgt luas. maklumlah jadi orang kanan kiri bos!! Insyaallah aku akan sedaya upaya menjadi pekerja yang rajin dan menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Semoga penghijrahan ini memberikan sinar baru untuk karier dan perjalanan hidup ku sekeluarga. tapi kalau ada offer yang lagi baikkkkkk kat luar sana apa salahnya...penghijrahan untuk kearah kebaikan..kan..kan... :))

berabuk da..........

Ayat yang biasa ku tulis.....dah berhabuk rumah kesayangan ku ini!!
tapi takde tindakan untuk membersihkannya.
hanya kata-kata....
sebenarnya banyak sangat perkara yang telah berlaku dan ingin di kongsi bersama
tapi ianya tidak dapat dihurai dengan tulisan, hanya tersemat indah di sanubari dan ingatan sahaja
tapi kan...aku takut sehingga tahap mana ingatan aku tu akan teringat!!!
takut la momen indah hanya terlupa begitu sahaja.
wake up lah diriku!!
semagatlah skit!!!!! :))

Tuesday, December 27, 2011

banyaknya habuk!!kena pakai vakum ni..........

Salam 1 Malaysia...

banyak betul habuk!!!!!!!pakai penyapu pun dah tak boleh! kena pakai vakum gak!!!!!!!!! kalau kumpul boleh penuh satu rumah tau!!Tapi aku akan pastikan Rumah Rayyan ini akan kekal harummmm dan wangiiiiiiii... Rayyan said "mama jangan cakap je...........kena buat laaa...." yela....Rayyan,mama akan pastikan rumah pusaka ni akan terjaga.....I promiseeeeeeeeeeee...Insyaallah.

Banyaknya habuk menunjukkan banyak juga lah cerita story-mory yang pending dan tak sempat aku cerita. bukan takde cerita menarik tapi macam tak sempat lah (alasan biasa)..tapi bukan nak kata tak de masa sebab tiap hari aku ada gak blog-walking kengkawan punya rumah...cuma tu lahhhh.... tak dan arrrr.

Insyaalh, nanti lepas aku vakum semua habuk....aku akan mop lantai dulu.....guna ajax fabuloso sampai wangiiiiiiiiiiiii then bila dah kilat nanti aku akan buka pintu bagi kengkawan masuk. barulah tak malu nak invite! kalau rumah cantik tapi tak de makanan pun tak ok jugak kan!!! aku kuar pegi market dulu la ekkkk... ok aku kuar shopping dulu................daaaaa :)

Sunday, December 4, 2011

nakkkk ambut.......

dalam enam bulan kebelakangan ni....ini lah video yang paling banyak diulang tayang oleh Rayyan...
tak kira kat mana dia berada....tak boring2..... nak ambut!!! maaaaa nak ambut!!! sambil tunjuk2 rambut dia..
hp bb mama pun dah jadi macam hak dia! mama pun layan je la..yang penting dia dok senyap!kan...kan....

video

Video ni diambil pada bulan Mac yang lepas. masa ni ok ja dia gunting rambut... tapi sekarang ni teramat lah liat si Rayyan ni nak gunting rambut tau!! baru sampai depan kedai pun dah meraung. tu belom lagi dalam kedai....tengah gunting rambut!!! mama & papa kena pegang dia kuat-kuat. memang biar kan je dia nanges. mama memang tak layan!!walaupun dalam hati memang tak sampai hati dengar dia nanges...syahduuuu sangat..lagi-lagi bila sebut mama...mama....

Mama selalu cakap kat dia...tak sakit....sikit ja.... boboy memang kena suka dengan kedai gunting rambut ni... lainlah macam gegirl bleh simpan rambut bertahun-tahun takyah potong!!! Mama harap Rayyan akan suka dengan kedai rambut!!!behave ya Rayyan!be a gud boy k!!