Selasa | 7.10 am |
Hujan tengah lebat. Dengan sekali kejut, lantas dia bangun tidur. Minta minum susu.usai selesai terus mandi. Pakai baju, ambik beg dan terus ajak papa nya pergi sekolah. Alhamdulillah..abang yang ini memang mudah bangun pagi walaupun tidur malam lewat. Tapi ada jugak kadangkala akai dia tak mahu ke sekolah. Kita tak paksa sebab dia pun kecil lagi.belum 4 tahun lagi pun. Hujung bulan 12 nanti baru birthday dia.
Macam dia ni kena guna reverse psikologi. Kalau mood tengah tak berapa ok mama saja cakap.. Amsyar tak payah pegi skul ye..amsyar duduk la rumah je ye.. Amsyar tak payah la jumpa kawan2.. Bila cakap camtu cepat2 dia bangun pergi mandi.
Sejak puasa haritu aku jemput dia tengahari walaupun sekolah dia balik jam 5. Masa tu aku dah sarat sangat. Jemput abang nya balik sekolah terus jemput dia sekali. Tak larat nak keluar drive dua tiga kali. Masa berpantang papanya pulak yang hantar dan jemput dia. Masih lagi ambil tengahari. Insyaallah lepas cuti raya haji nanti aku jadi pilot balik seperti sediakala bertemankan co pilot mikha! Hihi.. Btw, harini mikha dah 57 hari.
Moga Amsyar terus semangat dan rajin ke sekolah. Tahun depan rancangnya nak hantar kan dia ke tadika islam dekat masjid al hana. Nak terapkan dan tanamkan ajaran agama kat dia. Anak-anak aset kita bila kita tiada nanti. Doa mereka la yang kita nantikan.
Abangnya harini sekolah juga.semalam, esok dan lusa cuti sebab tengah upsr. Cuti gilir2. Sekolah ada bagi jadual. Ok jugak abang cuti, boleh tolong jagakan baby..dia boleh diharap jugak. alhamdulillah..ringan tulang dia tolong mama.
Ok,baby tengah tidur..nak sidai baju sekejap. Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan