Pages

Saturday, May 21, 2011

Part 2 ~ Malam berinai

sambung lagi cerita pasal Pak Lang Rayyan dah kahwin part 1... Lepas Asar Pak Lang selamat menjalani sesi akad nikahnya. then kami para rombongan di bawa ke homestay yang sangat selesa dan dekat je dengan rumah pengantin perempuan. lupa nak bagitau... Pak Lang kawin dengan orang Taman Margosa, Seremban, Nogeri Sembilan... bertuah betul si empunya badan dapat kawin dengan Engineer TNB...tapi empunya badan pun engineer gak!!huhuhu...memasing budak letrik !!! bahaya wooo...voltan tinggi!!

so, lepas lepak & mandi kami bersiap2 pula untuk Majlis berinai di malam harinya..
Majlis malam start agak lewat. Dalam jam 9.30 malam baru sampai rumah pengantin. Rayyan baru je lena. Mula2 mama dah kata nak lepak je dulu dalam kereta sebab tengok ada kompang. Rayyan memang takut dengar bunyi yang kuat2 ni. Tapi papa nak juga bawak anak dia tu... jadinya Rayyan terbangun dari tidur dan bertambah lah terkejutnya bila kompang mula berbunyi dan ada bunga api plak tu!!! Berdouble triple la melalak dia tu!!! Bila anak dah tak happy jadinya mama langsung dah takde mood. Bila tengah diorang tepung tawar pengantin..banyak cara la mama guna untuk dapatkan mood Rayyan tu tapi dia still nanges ;((



Pengantin yang happy :)

bersanding di pelamin yang tersergam indah

pengantin bersama sepupu2 yang tengah tunggu masa untuk pinangan si sang teruna.
tunggu giliran nooo 

Pengantin bersama Mak Abah ,Pakcik & Mami + Sarah

Bila rombongan di tengah makan, mama pun minta permission papa nak nak masuk keta sebab nak bagi Rayyan rest & sejuk skit sbb air cond. Dalam kereta Rayyan tido dengan lena nya. Adalah dalam setengah jam juga kitaorg bertiga dalam kereta dan telepas juga beberapa slot dengan pengantin. bergambar pun tak dapat. Rayyan kembali ceria bila bangun tido!! Kami pun patah balik ke tpt pengantin. Dapatlah mama makan...Rayyan pun bertambah2 makan kek chocolate indulgence. Dia memang peminat tegar kek ini!!

yeayyy...mood Rayyan back to da normal.
Pengantin tengah dalam bilik nak siap2 tukar baju persalinan. Tak dapat gambar dengan tuan pelamin, bergambar sendiri pun jadi laaaaa

my soul my heart

mama and Rayyan :)

Besarnya kerusi ni mama....

Harap je boboi mama..tapi nanges bila dengar komapng & bunga api!!
apalah Rayyan ni ...buat malu mama ja!hehehhee

Rombongan lain balik dulu. Kami balik kendian. Sebab Rayyan baru dapat mood J



kredit to adik pengantin :)

No comments:

Post a Comment