#24 Ogos 2016
Hari potensi taska permata parlimen Langkawi. Ada 5 buah taska. Tahun ni mereka buat sukaneka di taman lagenda. Kat tepi pantai. Konsep berkelah santai sambil sukaneka.
Best! Sangat happening. Even haritu aku baru genap 44 days berpantang tp tetap juga hadir beri sokongan. Tawakkal je la kuar rumah. Alhamdulillah, niat yag baik aku dan baby sihat tak demam.
Kebetulan hari sebelum tu dah start hukan.walhal sebelum ni panas terik dan dah lama tak hujan. Pagi tu cuaca dah ok cuma dingin skit takde matahari. Jam 9 gitu start dengan senamrobik ( Papa dpt no 4).. Then acara waris..pertandingan makan biskut ( yeyyy! Papa Johan!).
Selesai tu..sukaneka utk budak 3 tahun dulu. Ada lah dlm 4 acara. Then baru la sukaneka utk budak 4 tahun. Amsyar masuk semua tp menang sorak je! Penat makbapak bersorak oii! Diorg selamba je bersukaneka mcm taknak menang! Tapi takpelah..asalkan dia nak participate.
Tinggal acara last tiba2 hujan lebat. Pakat semua berteduh Kat khemah hadiah.hujan beserta angin kuat. Mengucap aku banyak2 sambil peluk mikha. Taknak bagi kena tempias hujan. Diorg pun pakat ramai2 peluk tiang khemah taknak bg terbang. Memang seriau la kami time tu. Acara penyampaian hadiah diteruskan. Bersesaklah kami dalam khemah tu.
Adalah dlm setengah jam hujan pun reda. Dalam jam 1.50 Papa sampai ambik rayyan balik sekolah. Oh ya..tgh acara budak 3 tahun, Papa pergi kerja sat. Biasalah orang busy..sayang sangat dengan kerja nye..tp dia kata dah menang dapat hadiah kan..kira oklah! Iye la paaa..
Overall, Kira best dan happening event ni. Next program rombongan ke kl bulan depan tapi kami tak join. Jauh sangat. Lagipun raya haji nnti kami balik sana.Event family day bulan 11 nnti boleb join sebab buat kat hotel sini je. Insyaallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan