Pages

Sabtu, 27 Ogos 2016

Tip bawak baby naik kereta.. Mika co-pilot mama

Harini mika dah berusia 47 hari. Ini bermakna mama dah merdeka! Yeayyy...(walaupun pantang koboi je pun).. Tapi kira officially la kan..dah boleh keluar rumah tanpa rasa bersalah! Haha

Semalam lepas breakfast, hantar terus papa ke airport..dia ada meeting kat kl. So, balik tu aku la drive. Kiranya ni first time la drive after bersalin (awal bersalin ada lah 3 hari drive ulang alik klinik check kuning mika tp dekat je klinik tu dengan rumah). Yang ni airport ke rumah adalah dalam setengah jam. Alhamdulillah mika bagi kerjasama. Senyap je baring kat tempat tido dia..dia tak tido..sekejap pandang aku..sekejap pandang luar..tapi tak menangis pun. Gud boy la awak mika.

Petang tadi plak kena jemput papa. Dah la kuat dah nak maghrib dalam jam 7 lebih sebab flight landing jam 8. Saja bertolak sebelum gelap. Tak nak kalut bawak 3 hero yang pelbagai ragam ni.

Ni tip aku bila nak bawak baby naik kereta(kena drive sendiri):

1. Bagi nenen sesiap. Bagi dia kenyang. Mika ni taknak hisap susu botol. Tu yang kali ni aku agak malas nak buat stok. Sebelum ni ada jugak ke klinik ke..pegi jalan ke..aku memang standby siap2 pam susu. Senang la nanti tak payah selak baju.nak bagi susu botol je tapi takdenye dia nak! Buat2 muntah! Sabo jela... So, bagi nenen dan pastikan dia kenyang.

2. Mandikan dan tukar pampers. Bagi dia selesa dan wangi.. macamana kita bersiap wangi2 nak pergi jalan..camtu juga dia.. Kena ada timbulkan mood nak jalan2 naik kereta.

3. Sapu minyak angin.Yang ni pun penting. Dulu kecik2 kita naik kereta pun akan pening..mabuk sampai muntah kan! So, baby pun boleh camtu gak. Jadinye sapu minyak angin siap2 kat perut dan tapak kakinya. Mesti dia akan tersenyum gumbira.

4. Babyseat. Baringkan kat babyseat yang sesuai untuk baby. Punggung baby lembut lagi..so, jangan pulak bagi duduk kat carseat untuk budak plak.

Alhamdulillah, mika senyap je dalam kereta walaupun abang2 nye buat onar kat belakang. Biasalah dalam kereta pun main! Bising plak tu! Sabar je la mika ek!

Mika kena biasakan diri hidup dalam kereta sebab lepas ni tiap hari akan jadi co pilot mama.. Antar dan jemput abang2 pergi balik sekolah! Ermmmm...mama sayang mika

Tiada ulasan:

Catat Ulasan