Pages

Isnin, 22 Februari 2010

Monday Blues

    Macam best aje kan kalau tiap-tiap hari adalah hari Sabtu dan Ahad.Boleh duduk rumah, spent masa ngan hubby and anakandaku yang terchenta dan yang paling best sekali dpt bangun lewat dari biasa!! Yahoooo..... Weekend semalam kami banyak lepak kat rumah aje.Sabtu petang main bowling kat Kajang.Dah hampir 2 tahun wooo aku tak main . Rayyan plak tak mo tido. Nak tengok papa and mama main. Hari tu Rayyan asyik kena passing dukung je kalau turn mama main papa pula dukung Rayyan kalau tak Ayah Long pun terpaksa dukung Rayyan..Mesti lenguh badan Rayyan.Sampaikan malam tu bukan main nyenyak betul Rayyan tido.Bangun pun hampir jam 11 pagi...papa ngan mamanya pun bangkit lewat gak!!!

   Ahad pun kami lepak je kat rumah cuma lewat petang kena keluar untuk memenuhkan perut yang kosong.Alang-alang tu singgah Giant beli apa-apa yang teringin nak beli. Sekarang ni dah tak beli lauk basah maklumkah freezer dah penuh dengan susu Rayyan..Alasan tak moh masak..huhuhu Papa cuma beli nugget,hotdog and daging burger untuk stok makan kala malam hari.Weekdays kami sampai rumah pun dah malam.Tak nak makan nasi so makan ringan-ringan je untuk alas perut. Balik dari Giant jam 5.30pm.Rayyan lena sampai la ke 10pm.Wahhh lama tu!!!Sempatlah mama buat keja mana-mana yang patut. Rayyan bangun pun nak isi tank pastu lena balik.Cuma malam tido dia macam tak nyenyak sangat. Mungkin dah terlebih tido kot!

  Pagi tadi pun dia bangkit awal.Jam 6.10am time aku nak mandi pulak tu. Papa bagi susu fresh yang baru je mama pump tadi pun dia tak mo..Pas mandi mama bagi nenen.Rayyan ni memang dah tau je mama dia ada.Syok sangat dapat direct nenen. Lepas dia puas dengan sepantas kilasnye mama menyiapkan diri.Hari ni kan first day budak-budak sekolah lepas cuti CNY.Haruslah jalan jem kalau keluar lewat.

  Dalam kereta Rayyan lena.Sampai rumah Tok Su aku masukkan dalam buaian. Lena betul dia tido...Mama pun pegi keja ngan Ngah Syilla.

Oklah nak sambung buat keja.
Ophhhh sebelum terlupa!!!Semalam Rayyan genap 3 bulan. Happy Birthday Rayyan!!!! Dah besar anak mama. Nanti mama buat entry khas untuk Rayyan sempena besday Rayyan 3 bulan  ye.

 Layannnnnnnn gambar di bawah:

Aktiviti Hari Sabtu...Main Bowling

 
 Rayyan isi tank dulu

 
dengan mama laa

 
Papa scorer!! Rayyan ngan Ayah Long (sponsored this game!!tqqq)

 
Papa tgh pikir strategy


 
Papa gelakkan mama baling masuk longkang!huhuhu

 
 Rayyan ngan posing tersendirinya

  
Rayyan letih la papa...


 
Rayyan landing keletihan


Aktiviti Hari Ahad..Rayyan practice meniarap


 
I'am ready

 

  

  

  
 Takmo plak tunjuk skill meniarap dia tu.Malu kot mama tangkap gambar


 
Beli barang kat Giant. Dua beranak yang Giant gak.
Lagi sorang tak muat space!!!huhuhu.lagi giant

Tiada ulasan:

Catat Ulasan