Pages

Khamis, 25 Mac 2010

Check up 4 months

Semalam Rayyan kena check up untuk 4 months. Kali ini Rayyan tak perlu injection,next months baru kena ambil. Risau juga kami pagi tu coz papa ada meeting jam 10 pagi. Kami sampai klinik jam 7.50 pagi.Klinik belum buka lagi. Tapi orang dah ramai gilez.Aku mana la tahu rupa-rupanya kat depan pintu klinik ada bakul untuk letak buku appoinment. Aku berdiri la melanguk je.Patutlah orang kat situ pandang aku semacam je.Tepat jam 8 pagi klinik dibuka.Baru aku letak buku tu.Buku aku atas sekali.Bawah aku tu adalah dalam 30 orang!Tapi aku tengok ramai orang pregnant compare dengan baby. Kami tunggu kat luar je memandangkan dalam dah full house and turn kami jauh lagiiii....Tapi dalam jam 8.20 nama Rayyan disebut!Wah lega betul kami. Lepas timbang, tunggu pula turn untuk jumpa staff nurse.Oh ya berat terkini Rayyan adalah 8.4kg !!! wah!!membesar dengan sihat Hero mama ni....Syukur Alhamdulillah berkat  daripada Rayyan minum susu mama. Dalam jam 8.45pagi, urusan kami dah selesai. Papa hantar kami berdua ke destinasi masing-masing. Lega papa dapat hadir ke meeting nya.

Hobi baru Rayyan dikala umur mencecah 4 bulan adalah meniarap. Asyik nak meniarap je. Pantang baring je...teruslah dia mengereng dan meniarap. Bila letih dia akan menelentangkan badan dia bailk. Tapi bila mood malas dia tiba alamatlnya akan merengeklah dia suruh kami telentangkan dia. Waduh Rayyan...kot iye pun kalu time tidur...Rayyan tidur la ye sayang. Tak perlu lah nak meniarap juga...jenuh mama nak pusingkan badan tu balik...Rayyan oh Rayyan. Banyak akai dia sekarang ni ye.

Pagi ni pulak papa hantar kami awal ke rumak Tok Su. Papa ada meeting kat Ipoh. Jam 6.45 pagi dah sampai. Mama dapatlah main golek-golek dulu dengan Rayyan.Lepas tu Rayyan dah ngantuk nak tidur balik. Mama pun tertidur sama!!!hehheee. Jam 7.30 mama bertolak pegi opiz dengan Ngah Sheila.


 k laa nanti aku update Rayyan's  latest photo ye.



*** Alhamdullliah selesema mama dan Rayyan telah balik sepenuhnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan