Pages

Rabu, 3 Mac 2010

Siapakah Anda??


  Dulu-dulu masa time study aku sangat suka baca buku-buku motivasi untuk bagi perangsang pada aku untuk berjaya dan tidak mudah berputus asa. Sebab tu aku terpanggil untuk meneruskan pelajaranku sesudah tamat degree. Tetapi apabila berada di dunia pekerjaan hobi aku ini seakan terus dilupakan. Ianya secara tidak langsung menjadikan motivasi aku merudum sedikit demi sedikit dan menjadi semakin parah. Patutlah aku semakin tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. what can I say now is my motivation is definitely Zero!!!huarrrrrrggghhh

  Hari ini aku terpanggil untuk membuka website Ex-pengetua Kolej lama aku. http://gunung-duit.blogspot.com/ . Oleh itu aku akan jadikan blog aku ini juga sebagai landasan untuk memberikan peringatan kepada diriku untuk menjadi seseorang SOMEBODY.


Untuk permulaan aku perlu mengetahui 4 asas golongan manusia......iaitu:-

4 GOLONGAN MANUSIA

1. Golongan pertama, Orang yang GAGAL
Mereka adalah orang yang sentiasa mensia-siakan peluang yang diberikan, Mereka sedar akan peluang tersebut dan kehebatan peluang tersebut. Golongan ini pada hakikatnya tidak ada apa yang dilakukan samaada bekerja atau sebagainya. Selesa dengan kesenangan yang orang lain berikan. Semoga kita mohon kepada ALLAH semoga di jauhkan diri manusia yang begini.
2.Golongan kedua – Orang yang BIASA
Mereka adalah orang yang hanya melihat peluang yang hebat berlalu begitu sahaja. Kebiasaannya orang ini adalah orang yang bekerja. Mereke mudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang.. Dengan kata nama lain cukup-cukup makan.. Golongan ini adalah golongan yang paling ramai.
3.Golongan ketiga – Orang yang BERJAYA
Mereka adalah orang yang sentiasa mencari dan mencari peluang untuk memajukan diri sendiri. Tahu akan kekurangan yang dimiliki dam berusaha untuk merubah kehidupan dia dan keluarganya.
4.Golongan keempat – Orang yang HEBAT
Mereka adalah orang yang tidak mensia-siakan peluang, orang yang tidak membiarkan peluang berlalu begitu sahaja dan juga bukan orang yang mencari peluang TETAPI golongan ini adalah orang yang mewujudkan peluang. Bukan sahaja untuk diri sendiri TETAPI ianya turut memberi manfaat kepada orang yang berada di sekelilingnya. Insan sebegini memang sukar untuk ditemui.

Anda berada di golongan mana satu? Sudah tentu kita teringin berada di golongan yang ke empat. Tetapi kalau teringin sahaja tanpa melakukan sesuatu, segala Impian kita tidak akan menjadi realiti. Oleh itu.... Tepuk Dada Tanya Fikiran...

 k ar for the beginning. I will fine the other articles for next entry

Tiada ulasan:

Catat Ulasan