Pages

Jumaat, 5 Mac 2010

Susu Rayyan

Minggu ini aku stress dengan kerjaku.Mungkin Tuhan mahu mendugaku tetapi aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku tak mahu cerita apa yang menyebabkan aku stress sebab aku tak nak bertambah stress. Apa yang aku hendak share adalah berkenaan dengan susu ku. Apa yang merisaukan aku melalui pembacaan apabila kita sedang stress maka production susu akan merudum. Itulah yang amat merisaukan diriku. Aku seboleh-bolehnya tak mahu stress tapi kalu dah nak stress nak buat camna kan...

TETAPI,,,,,

Apa yang mengejutkan aku adalah pengeluaran susu aku semakin bertambah!!!3 kali pumping kat opiz aku boleh dapat dalam 24oz. bagi aku banyakle xtau org lain. Biasanya dapat dalam 18-19oz je. Sebelum pegi keja jam 6 pagi aku dah pumping.Cuma cukupkan 1 botol penuh 5oz untuk fresh milk Rayyan bangun tidur nanti. Aku bersyukur banyak-banyak. Tapi aku taklah suka stress tu. Mungkin sudah rezeki Rayyan.  Harap-harap Rayyan pun taklah stress minum susu mama tu...hehehhe..Kata orang kalu mama makan pisang, susu akan jadi perisa pisang, so kalu mama stress, susu jadi perisa stress tak...emmmm poning2!!

Semenjak Rayyan 3 bulan mama lebihkan 0.5oz bagi tiap-tiap botol susu Rayyan. So 6 botol x 4oz=24oz dalam sehari. Mama extrakan lagi dengan satu botol very fresh milk yang baru mama perah waktu subuh tu dalam 5 oz. Tapi dalam masa 12 jam Rayyan kat rumah Tok Su, Rayyan taklah dapat habiskan semua botol tu, biasanya akan berbaki 2@3 botol lagi.Mama biarkan aje dalam freezer Tok Su untuk diminum pada keesokan harinya.So adalah stok untuk di EBM untuk di bawa balik. Tapi memandangakan Freezer mama jenis 1 pintu, mama tak gemar sangat jadikan EBM. bebenornya malas nak rotate susu dalam tu. Mana taknye dalam 2 minggu mesti mama kena buang dalam 30oz susu!!!sayang kan.. Jadinya mama bekal je susu yang mama pumping kat opiz untuk diminum oleh Rayyan pada keesokan harinya. Dapatlah Rayyan minum susu yang fresh dan terjamin khasiatnya..
Settle dan Mudah keja mama!!!

Mama sentiasa berdoa agar mama sihat dan dapat membekalkan susu kepada Rayyan. Semoga Allah sentiasa memperbanyakkan susu mama...Amin

Layanzzz gambar di bawah...scroll....


 
  
Pump Spetra 3 yang amat berjasa....Hadiah papa untuk mama...Tq papa!!
  
  

Cooler bag MLO yang dibelikan juga oleh papa untuk mama...tq again papa

 
Antara EBM yang dibuang...pilu hatiku bila tiba saat ni
Dah lebih 100oz yang aku buang dalam masa 3 bulan ini...

I LOVE MAMA'S MILK...SO YUMMY....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan