Pages

Khamis, 20 Mei 2010

Rayyan @ 6 months

Dah bersawang blog mama ni, sampaikan coretan Rayyan @ 5 months mama dah ter skip. Terlalu cepat masa berlalu. Diam tak diam anak mama dah masuk 6 bulan. Semalam Rayyan dah dapat injection imunisasi yang terakhir sebelum berumur 1 tahun. Appoinment seterusnya pada 7 Ogos untuk jumpa dentist. Berat Rayyan sekarang adalah 9.2kg. Walaupun hanya naik 200g saja berbanding bulan lepas, gynae kata perkembangan Rayyan amat memuaskan. Rayyan dah boleh start makan solid food. Gynae pun dah tunjukkan contoh makanan yang perlu diberi pada Rayyan.

Sebenarnya start daripada dua minggu lepas mama dah bagi test makan kat Rayyan. Sungguh happy Rayyan bila mama suapkan makanan. Mula-mula mama saja je test bagi whipped potato kfc. Tapi mama bagi yang putih je tau. Banyak betul Rayyan makan. pic kat bawah tu mama yang licinkan..hehehhe. Lepas Makan  Rayyan tertidur kekenyangan.
Selepas percubaan mama berjaya, mama pun selongkarlah internet untuk mencari resepi makanan Rayyan. First testing mama buat bubur campur ngan carrot n ikan bilis skit. Mama blend kasi halus. Rayyan teramat suka. Mama bekalkan untuk Rayyan makan kat rumah Tok Su. Then, mama try pula buat puree kentang. Yang ini lagilah dah jadi favourite dia. Rayyan lagi suka makan kentang compare ngan bubur. Ini mungkin disebabkan mama suapkan whipped potato sebagai makanan pertama Rayyan kot!!

Puree yang mama dah try bagi kat Rayyan seperti puree pisang, epal, pear dan carrot. Nanti mama try buat yang lain plak ye. Puree Heinz tu mama saja je try bagi kat Rayyan. Rayyan suka gak. Mula-mula mama risau  nak bagi ialah makanan dalam tin mestilah ada bahan pengawet. Tapi papa kata dahnya makanan baby...pengeluar makanan tu mestilah dah tau apa yang selamat untuk baby. So, bila papa dah cakap camtu...mama pun on la....Kalu ada emergency mama tak sempat prepare kan solid food Rayyan, Rayyan bolehlah makan puree ni. Tapi mama akan sedaya upaya masak makanan Rayyan walaupun papa ngan mama makan tapau kedai!!heheheee. Mama pun ada bekalkan Nestum beras merah kat rumah Tok Su. Mama suruh Tok Su campur dengan susu mama. Rayyan makan lah juga tapi sebanyak makan bubur & kentang. Nampak gayanya memang Rayyan suka makan air tangan mama la...Mama kena berusaha lebih gigih ni!!




Rayyan sekarang dah pandai angkat punggung nak belajar merangkak plak!!kalu bab meniarap tu memang dia dah master la sangat. pantang letak je kat lantai menyusup laju la dia ke sana sini. So, mulai saat ini mama kena berhati2 dan pastikan lantai bersih tanpa ada sebarang sampah hatta habuk sekalipun. Sebabnya apa jua benda yang Rayyan nampak dia akan cuba capai dan masukkan ke dalam mulut!! Harap Maklum!!! dan mulalah volume mama ke tahap maksimum untuk mengambil perhatian Rayyan supaya menghentikan aktiviti ganaz nye itu....

tengoklah contoh aksi dia ni....


mula-mula happy sampai dapat sampai ke situ
Best ni....
taraaaa....dah start main pusing2 punat player tu!!!
Buat muka macho la plak kat mama!!
 Tapi mama tetap bagi warning!!
Muka masam Rayyan...
Alahai anakku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan