Pages

Isnin, 21 Jun 2010

Rayyan @ 7 months

Yeay...yeay.....Hero mama dah melonjak umur yang mana kini telah mencecah angka 7 bulaannn. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana anak mama membesar dengan amat sihat dan semakin bijak. Sehingga ke saaat ini, Rayyan belum pernah lagi terkena jangkitan demam dan sakit. Antibodi Rayyan amat kuat berkat daripada kesukaan Rayyan yang meminum susu mama. Alhamdulillah rezeki susu Rayyan tidak pernah kurang dan mama berjaya mencapai target pertama mama untuk menyusukan Rayyan sehingga 6 bulan. Insyaallah target seterusnya adalah 1 tahun dan sehingga 2 tahun. Semoga Allah mempermudahkan niat murni mama ini.Amin.

Perkembangan Rayyan dikala usianya kini:
1. Rayyan dan pandai berdiri dan mula nak panjat2! mama kena semakin berhati-hati dengan setiap tingkahlaku dan pergerakan Rayyan.  Tempat favourite yang paling dia suka berdiri adalah  di rak tv, sofa dan katil tido dia.
2. Merangkak dah terlebih expert. Dia akan merayap satu rumah. Laju macam lipas kudung. Kalu letih dia akan duduk landing sat. Tengok2 dah ngendap mama kat dapur!hehhee
3. Rayyan dah tak mahu main mainan!!! jimat duit mama...hehehe. Dia suka main bakul, tudung saji, paper, senduk, tupperware dan apa2 sahaja yang tidak dikategorikan sebagai alat permainan. Tapi bagus gak! dia dapat meneroka dan mempelajari benda2 baru dipersekitarannya.
4. Rayyan dah kurang tidur waktu siang. Dahnye dia sibuk sangat main sampaikan lupa nak tido. Nampak gayanya tak dapatlah mama nak tumpang tidur sekaki lagi!!hehhee.
5. Rayyan tak takut dengan orang. Dia nak dengan semua orang. Tapi dia akan perhati dan tenung orang2 tu dulu. Tapi kan dia jeles kalu mama dukung baby lain!!
6. Suka pegang stereng kereta. Mukan main excited dan gelak sakan kalu dapat pegang stereng sambil papa kata left...right..straight..... Memang anak papa la Rayyan ni.
7. Bab makan plak, memang seronok bagi makan kat debamm ni. Semua makanan dia akan ngapp. setakat ni mama bagi Rayyan makan bubur nasi, puree buah dan fruit jelly. Mama pun tumpang sekaki gak!!! hehhehe...
8. Mama dah selamat menyimpan semua baju-baju lama Rayyan sedari lahir lagi ke dalam box. Simpan untuk adik Rayyan plak. Rayyan dah tak muat pakai baju2 tu semua. Rindu plak mama tatkala melihat baju2 tu. Rupanya anak mama dah semakin membesar dan membesar...
9. Rayyan amat suka memasukkan semua benda ke dalam mulut. So, mama kena pastikan lantai sentiasa bersih dan tiada benda2 yang merbahaya dan kotor supaya tidak masuk ke dalam mulut Rayyan. Risau mama tau!
10.Akan mama tulis bila ama ingat ye...Banyak bebenor nya perkembangan terbaru Rayyan ni. Nanti mama update.

Doa mama, semoga Rayyan menjadi anak yang soleh dan bijak. Mama teramat sayangkan Rayyan. Kalau mama marah tu bukan bererti mama tak sayangkan Rayyan. Setiap saat dan di mana jua mama berada mama akan rindukan Rayyan.

Buat Papa, terima kasih kerana bersama-sama membesarkan Rayyan. Syukur kita dikurniakan anak yang amat mudah untuk dijaga. Dikesempatan ini, mama ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Papa teristimewa buat insan yang amat kami cintai....MOHD ZAMRI BIN MUHAMUD. Tanpa dirimu hidupku dan anakanda Rayyan tidak akan bererti. We Always Love you Papa...Forever n Ever..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan