Pages

Khamis, 1 Julai 2010

Pak Lang Bertunang @ 26th June 2010

Pada tanggal 26 Jun 2010 yang lepas, Pak Lang Rayyan telah pun selamat bertunang dengan Cik Leen. Seronok betul Rayyan tengok mereka berdua. Ramai yang ikut serta dalam menghantar rombongan ke Seremban. Insyaallah by next years (after Kak Sarah & Kak Farah balik dari New Zealand) Pak Lang n Cik Leen akan pak pak bung bung. Cepat2 la Pak Lang kumpul duit.Rayyan dah tak sabar ni nak dapat Mak Lang Leen! Time tu pun mesti Rayyan dah pandai jalan + berlari!! Wah Seronoknya.....

Berbalik kepada tarikh 26 Jun 2010, Rayyan memang teramat la busy ..mengalahkan Pak Lang!hehehhe. Banyak perkara yang perlu disettlekan pada hari tersebut. Oklah Rayyan coretkan sedikit rentetan perjalanan diari Rayyan pada hari tersebut dan hari-hari sebelum menjelangnya hari bersejarah itu


24 Jun 2010
Rayyan bangun seawal jam 6 pagi.Tok Wan dan Tok Mah dah sampai dari Kedah!!!Yahooo...tapi Rayyan dapat main sat je ngan Tok sbb jam 7 pagi Rayyan kena p skul. Rayyan tak boleh tinggal dengan Tok sebab nak bagi Tok rehat. Petang Tok nak pergi Dengkil rumah Kak Sarah & Kak Farah.
Malam plak pas Papa & Mama jemput Rayyan, Rayyan balik rumah. Papa & Mama bau busuk tak mandi lagi!so Rayyan suruh mandi.Rayyan dah wangi mandi kat rmh Tok Su. Selepas bersiap ngan pantasnya kami pecut ke rumah auntie E-car kat Bandar Seri Putra, Bangi. Mama order cupcakes yang sangat cantik untuk hantaran Pak Lang nanti. papa yang bayar..hehhehee. Mama order on-line je. Tapi mama & Rayyan bagi suprised kat papa!!! Kami berdua pun order cupcakes special untuk Papa sempena Father's Day. Itu je yang mampu kami bagi. Hadiah lain hold dulu sampai mama ada banyak duit...Jamak takhir sekalilah ngan tahun depan ye Pa... :)))
Oh ya!nak dijadikan cerita,auntie E-car tu rupa-rupanya senior mama masa study kat U dulu. bukan satu Fakulti tapi satu kolej kediaman. Auntie tu yg mula2 cam mama. Muka mama ni maintain lagi la walaupun badannya dah mengembang!!!hehehe....
Balik dari ambil cupcakes tu kami terus ke rmh Uncle Kamal kat Hulu Langat. Uncle ni yang tolong buatkan hantaran Pak Lang. Cantik tau uncle ni buat. Kami ambil mana yang dah siap dulu selebihnya ambil malam esok. Chopp!!!before tu kami jemput dulu Ayah Long kat rumah dia.
Lepas settle dgn barang hantaran, kami singgah kat Restoran Kg Melaka. Dah lama mama tak makan kat sini. Mama makan tomyam n kerabu mangga..sedapppp ooooo. Papa plak makan bubur. bleh syer ngan Rayyan. Habis makan kami antar Ayah Long balik ke rumahnya. THanks Ayah LOng sudi belanja kami makan.
Sampai rumah dah pukul 12 lebih. Apalagi kami terpaksa tido. Esok banyak lagi agenda yang menanti.


25 Jun 2010
Rayyan seperti biasalah akan ber skul  kat rumah Tok Su.
Sampai je rumah mama bersiap & kemas baju. Malam ni kami tidur Dengkil rumah Pak Long Di. Sebelum tu kami kena ambil hantaran kat rumah Uncle Kamal. Kami sampai Dengkil pun dah hampir jam 11 malam. Kami ke rumah Tok Mami dulu sebab Tok pun lepak kat sana.
Rayyan bawak cupcakes Papa tu makan sama-sama dengan semua orang.
Dalam jam 12 lebih kami balik tidur rumah Pak Long Di. Kak Farah langsung tak nak berenggang dengan Rayyan. Suka sangat dia dengan Rayyan. Rayyan sayaangggg kak Farah & Kak Sarah.
Oh Ya!!!Kak Farah Tidur dengan Rayyan!!!Jangan jeles tau...hehehehe

26 Jun 2010
Hari  bersejarah Pak Lang menjelma akhirnya. Rayyan bangun jam 7 pagi. Bersiap pakai baju baru sama putih dengan papa. Jam 9.00 pagi kami semua dah berkumpul kat rumah Tok Mami. Semua pakai baju lawa-lawa. Jam 10.00 pagi kami bertolak ke Rumah Cik Leen kat Seremban. Konvoi beramai-ramai.
Kami sampai rumah Cik Leen dalam jam 11.15pagi.Rayyan dah letih & tertidur kat pangkuan mama. Oh Ya! Cik Leen lawa tau..baju dia pun cantik...make -up dia pun cantik... Nanti tengok gambar kat bawah ye.
Makanan pun sedappppp.

Lepas semuanya selesai, dalam jam 1.30 petang, Rayyan ikut mama & papa hantar Usu Zulaika mendaftar masuk di Uitm Kuala Pilah.  Usu Zulaika ni anak kepada Tok Tam (adik Tok Mah  Rayyan). Jauh gak perjalanan ke sana. Cuaca plak panas terik. Rayyan dah tiga kali bangun & tidur tapi tak sampai-sampai lagi..hehhehe.. Syukurlah proses pendaftaran masuk amat senang dan cepat. Selesai semuanya kami pun berangkat pulang. Sampai rumah Pak Long Di pun dah pukul 5.30petang.

Agenda seterusnya, jam 6.30 petang kami pergi pula ke KLIA untuk menghantar Long Dibah,Kak Farah dan Kak Sarah balik k Aukland,New Zealand. Sedihnya berpisah ngan diaorang. Rasa sekejap sangat percutian sebulan mereka kat Malaysia. Dulu masa mereka ke sana mama&Papa baru je kahwin. Bulan Febuari tahun depan mereka semua akan balik ke Malaysia untuk selamanya...Yahooo...Rayyan boleh jumpa Pak Long Di!!

Malam lepas selesai semuanya kami balik ke rumah. Kami tak tidur rumah Pak Long Di sebab.........kami nak bangun lewattttt.....especially Papa & Mama...huhuhuu.

Selesai lah sudah hari-hari yang amat sibuk bagi Rayyan. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Thanks kepada semua yang terlibat.

Silalah lihat gambar-gambar di bawah ye : )) nnti mama upload ye..

duduk dari kiri: Pak Lang,Long Dibah,Kak Sarah, Cik Leen, Rayyan, Kak Sarah
Berdiri dari kiri: Ucu Faizal,Papa&Mama


Rayyan&beloved Kak Farah&Kak Sarah
(kakak2 bedua ni nak naik keta sama Rayyan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan