Pages

Isnin, 26 Julai 2010

Rayyan @ 8 months

Fuh lama betul mama tak meng 'update' rumah Rayyan ni. Nak kata mama bz takla sangat. tapi tak tau la tiba-tiba mood mama down skit akhir-akhir ni. Walaubagaimanapun, mama nak coretkan juga momen penting dalam hidup Rayyan. Bukan ape, Rayyan lah satu-satu nya anak mama (buat masa kini la...hhehehe). Setiap perkembangan Rayyan amat meng ujakan mama. Daripada sekecil-kecilnya tatkala Rayyan hanya pandai baring kini Rayyan telah melalui proses meniarap, merangkak dan sekarang BERDIRI !!! Wah!!!Hero mama dah besar lah!!!Bangga banget mama sama Rayyan. Tiap masa Rayyan nak berdiri sampaikan orang dukung pun Rayyan nak minta lepas. Satu rumah sudah Rayyan explore dan mama tak kan halang sebab Rayyan tenah dalam proses menerika alam sekeliling. Cuma mama harap Rayyan dapat jaga diri supaya tak terjatuh & terluka nanti. Risau mama tau!!

Kini, Rayyan dah secara rasminya makan bubur tanpa di blend. Rayyan dah tak suka makan moi halus. Tapi mama masak bubur betul-betul lembik dan air sup yang banyak supaya senang Rayyan nak kunyah dan telan. Maklumlah hero mama masih ompong tak de gigi lagi!!! hehhehee..

Rayyan sekarang dah boleh duduk kat 'kerusi budak' bila kami makan kat restoran. Ia memudahkan mama nak ngaaappp makanan kat depan mata mama. Tapi, ianya tak semudah yang disangka.Belum sempat mama nak ngaaappp....Rayyan dah berbunyi...eeee.eeeee.dia nak makan lah!!!!So, mama pun suaplah dulu makanan kat putera mama ni...Dok layan dia je maknenye makanan mama pun dah expired!!!hahhaha. Tapi mama seronok betul tengok Rayyan makan. Sungguh berselera. Last saturday masa mama brekfast ngan Rayyan kat Mc'D Ampang Point (Papa ada tournament Bowling-mama lepak ngan Rayyan je), ada orang datang tegur suka tengok Rayyan makan..Mama pun reply...tgklah mamanya!!! Mana tak tumpahnya kuah kalu tak ke nasi!!wah!!daku bleh guna pepatah ni lah.... oh Ya!Rayyan dah makan pelbagai jenis makanan. Sampaikan kitaorg makan doyan pun dia balun sama..Justeru itu, pooo pooo dia pun dah makin bau masam....tatkala ini dia asyik ter pooo poooo je. Orang kata dia nak beralih bulan... Oh ye ke...Hope Rayyan will be fine.Pappa dah belikan dypers yang murah skit. Kalu setiap minit nak tukar dypers pun bleh...xleh murah sgt pong!!!

Berkenaan dengan susu pula, Alhamdulillah sehingga kini Rayyan masih minum susu mama. Bekalan masih mencukupi. Tapi mama bimbang juga lagi 15 hari lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Takut susu kurang. Harap-harapAllah permudahkan urusan mama untuk menyusukan Rayyan. Lepas puasa tiba pula Hari Raya. Tahun ini merupakan tahun pertama mama & papa beraya bersama Rayyan. Tahun lepas Rayyan dalam peyot mama lagi!. Tak sabarlah nak raya. Disebabkan hari Raya adalah hari untuk bermaafan dan berjumpa sanak saudara, maka mama dengan gigihnya tengah mengajar hero mama AMIN a.k.a Salam, CIUM tangan & SAYANG pipi. Semalam Rayyan dah ingat tapi harini lupa la plak!!!sabo je la.. Moga2 dalam sebulan setengah ni Rayyan dapat belajar dengan jayanya supaya dapat collect ang pow banyak-banyak!!hahahhaa... Go go chaiyok Rayyan!!! oh papa!!!kita masih tak beli baju raya lagi la.....

Oklah nanti mama coretkan lagi perkembangan Rayyan di lain lebaran. Enjoy da Pisca....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan