Pages

Selasa, 10 Ogos 2010

1st Appointment Rayyan dengan Dentist

Semalam 9 Ogos, Rayyan ada appointment dengan dentist. Tapi gigi Rayyan tak tumbuh lagi pun... hehhehee..Date appointment dah dibuat masa Rayyan cucuk 6 bulan. Sebelum jumpa dentist, staff nurse timbang berat Rayyan. Cuba teka berapa berat Rayyan bammm bammm ??? 9.74kG ye kengkawan... Rayyan ingat, dengan aktiviti lasaknye yang tak reti duduk diam, berat rayyan dah susut. Tapi Rupa-rupanya, Rayyan semakin membesar bagai JOHANNN. Thanks to mama yang sentiasa memastikan bekalan susu Rayyan mencukupi masakkan bubur Rayyan tanpa jemu. Tapi Rayyan tahu mama curi2 makan bubur Rayyan kannnn. 

Dentist Rayyan teramatlah comei....Dentist memberikan penerangan berkaitan dengan penjagaan gigi bayi. Tak semua bayi akan tumbuh gigi awal.So, bukan menjadi satu masalah gigi Rayyan tak tumbuh2 lagi. Tapi gusi nye kuat woooo.. Dentist ada tanya "pernah bersihkan mulut baby?" mama pun jawab dengan tipu sunatnya "selalu doktor!". "OK Bagus!Macamana Puan cuci?" aduhai dentist ni banyak pulak soalannya...Mama pun dengan confidentnya replied " I gosok gusi dia dengan kain doc". Ok Bagus!!!. Fuh lega!!!dentist ni menguji minda mama la...banyak gak soalan2 lain yang dia tanya tapi papa yang jawab coz mama kena cocentrate jawab questionnare yang mencabar gak soalan2 dia. Jawapan bagi setiap soalan bukan sahaja "Ya" atau "Tidak" tapi juga ada soalan rentetannya...seperti Anda tahu apa itu plak gigi?adakah plak gigi boleh merosakkan gigi?adakah plak gigi boleh dibersihkan? bagaimana untuk mengawal plak gigi?? dan macam2 lagi lah soalannya...poning skojap pala mama ni...hehhee...

Next appointment Rayyan pada 22 November time Rayyan berumur setahun. kena cucuk!!!. after settle dengan urusan klinik, mama antar Rayyan balik rumah sebab Tok Wan & Tok Mah ada untuk jaga Rayyan. Malam hari baru depa balik Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan