Pages

Selasa, 10 Ogos 2010

Esok Puasa

"RAMADHAN"
Semua khalifah Allah di muka bumi ini amat menantikan mu
Bulan yang penuh barakhah
Bulan yang menghimpunkan seribu satu pahala
Bulan yang dapat menyucikan diri setiap Insan
Bulan yang dapat  mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan
Bulan untuk beribadah
Mengabdikan diri kepada yang Maha Esa.

Tahun ini amat bermakna bagi ku kerana merupakan tahun kedua dapat menyambut puasa sebagai seorang isteri dan julung kalinya sebagai seorang mama. Walaupun Rayyan masih tidak mengerti apa itu puasa tapi kehadirannya pamat menghiburkan hidup kami sekeluarga. Apatalagi apa sahaja yang kami makan dia pun nak jugak.Mama ada assistant terhormat yang akan temani kacau!! mama kala penyediaaan juadah berbuka beli je... mahupun sahur.

Disebabkan Rayyan masih fully breastfeeding (+ makan bubur & etc) aku kena pastikan susu Rayyan mencukupi. oleh itu, sepanjang puasa ni aku kena pastikan makanan yang dimakan sewaktu berbuka danbersahur adalah berkhasiat. Waktu malam pula aku kena banyak minum air...Semoga journey menyusukan Rayyan sehingga setahun akan berjaya. Seterusnya target sehingga 2 tahun pula. Amiiinnn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan