Pages

Rabu, 11 Ogos 2010

Bermulanya 1 Ramadhan 1431hijrah

Alhamdullillah harini bermulanya puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia dan kawasan2 yang seangkatannya. Semalam tengok anak bulan.harini terus puasa...so, rasanya raya pun pas tgk anak bulan mesti esoknya raya (emmm betul ke teori aku ni!!) Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga merangkumi keseluruhan aspek fizikal, rohani dan jasmani. Puasa melatih kita menjadi seorang muslim yang lebih berdisiplin dan sabar dalam melaksanakan rutin harian.

Yang Indahnya di bulan Ramadhan ini adalah kita boleh sembahyang terawih yang mana tidak terdapat pada bulan2 lain. Alhamdullilah malam tadi aku sempat menunaikan solat tersebut walaupun secara bersendirian. Tak sempat nak pergi ke Masjid tahun ini memandangkan aku dah ada little Hero. Lagipun lepas balik kerja semalam sibuk pula berkejar pegi ke Giant untuk membeli barangan basah untuk masak sahur. juadah berbuka beli jeee..hehhehe. Waktu sahur aku memang kena makan nasi untuk jaga stamina seharian di pejabat. Tambahan pula, aku perlu kekalkan production susu ku ini. Yang bestnyer bulan puasa kami boleh balik awal dari biasa. Waktu bekerja kami bertukar dari 9am to 6pm kepada 8.30am to 4.30pm. Memandangkan kami berkongsi kereta ke pejabat, maka big boss pun turut menukar jadual waktu kerjanya kepada 8am to 5pm. Aku boleh la tido @ layan fb sementara tunggu untuk dijemput!! tak de paedahnya nak buat kejo pejabat yang bertimbun itu!!!hahahha

oklah...Semoga Kedatangan Ramadhan Tahun ini memberikan seribu keberkatan buat hidup kami sekeluarga...Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan