Pages

Rabu, 18 Ogos 2010

Rayyan 1st time demam

Semalam Papa out-station ke Langkawi. So, mama pergi kerja dengan Rayyan sahaja. Sebenarnya, Rayyan dah menunjukkan symptom selesema sejak hari Selasa lagi. Papa dah beli ubat selesema kat farmasi di Bandar Sri Permaisuri. tapi, ubat tu tak kuat sangatlah. Tak sama dengan ubat yang papa beli kat farmasi di kg Kedah sana. Tok Su pun kata ubat tu tak kuat. Dah dua kali dia bagi kat Rayyan tapi selesemanya tak mahu kebah juga. So, bila balik keja semalam, mama pun bagi lah jugak ubat selesema yang lama tu kat Rayyan. Harap2lah tak expired lg!!! Mama rasa badan Rayyan pun dah mula panas. Memandangkan mama ‘OFF’ puasa bermula semalam…makanya takde lah tergopoh gapah nak berbuka time masuk waktu maghrib nanti.Rayyan dah merengek2 nak golek2 atas katil dengan mama. Mama bagi nenen dan dia pun tertidur tapi tak lena sangat sebab susah nak bernafas hidung tersumbat.


Dalam jam 8 gitu, Rayyan terjaga. Badan makin panas. Bila mama check guna thermometer, suhu Rayyan mencecah 38.8c!!! buat pertama kali nya dalam hidup Rayyan yang dah nak menjangkau 9 bulan, inilah buat julung kalinya Rayyan demam. Mama dah test kat dahi, mulut, telinga…semuanya menghasilkan result yang sama. Mama tampal cool fever plaster (plaster ni beli masa umur Rayyan tak sampai sebulan dulu …tak guna2 lagi) kat dahi Rayyan . Rayyan Nampak selesa sangat sampai tertidur dia kat buaian. Hampir jam 9 malam, papa telefon papa, flight papa baru je landing. Mama inform papa pasal Rayyan & Papa minta mama hantar Rayyan pegi klinik. Tak perlu tunggu dia sebab dia lambat lagi nak sampai rumah. So, Pak Lang Rayyan hantar kami pergi Klinik BTS yang selalu kami pergi tu.

Rayyan ni walaupun demam, aktif dia mengalahkan orang sihat! Tak leh dok senyap!!hehhee.. Masa Uncle Doc check Rayyan, dia pandang je muka Uncle Doc tu!buat muka pelik..Nasib Rayyan senyap je tak buat perangai. Maklumlah first time ni mama masuk jumpa doctor tanpa papa!!!Uncle Doc check bacaan suhu Rayyan kat dahi ialah 38.3c. Rendah skit bacaan tu mungkin sebab mama baru tanggalkan plaster kat dahi Rayyan kot. Uncle Doc pesan, jangan mandikan dia. Just lap badan je. Waktu kena air memanglah best tapi lepas tu badan akan jadi lagi panas. Uncle Doc bagi ubat demam, selesema, antibiotic, ubat drop hidung & ubat sapu (untuk muka Rayyan yang berpanau tu).

Malam tadi dalam jam 3 pagi Rayyan dah terjaga nak main!! Ini mesti power ubat tu dah abis!! Ayo yo…Nasiblah lepas guling2 main sendiri dia tido balik!!! Akibatnya mama lah yang tersenguk2 kat opiz ni tahan ngantuk.nasib boleh minum coffee!!!hahhaa. Ni pun baru lepas balik dari surau…makan nasi goreng tapau dari rumah!!!…padahal sahur tadi dah makan tapi perut lapau gak laa….camne nak kurus ni weiiii…

Pagi ni pun mama dating berdua lagi dengan Rayyan pegi keja. Papa out station ke Kuantan plak. Tapi balik nnti mama jemput dia kat opiz. Then kami jemput Rayyan ye sayang.

Mama doakan agar Hero mama cepat sembuh & kembali aktif (not hyperactive ye!!!) seperti biasa. Saat ini mama plak yang terasa mcm nak demam.jangkit dari Rayyan ker….mama baru je telan sebijik Panadol Actifast.

Mama Sayang Rayyan..Muahhhhhhs

mama jemput Rayyan.Tgk muka mmg tak sihat & badan dah panas

Rayyan @ Klinik


Rayyan tidur dengan lenanya selepas kena paksa makan Obat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan