Pages

Isnin, 23 Ogos 2010

Persiapan Raya

Welcome back to office!!Wah!macam semangat je daku ni nak pergi kerja kan! Padahal apa yang aku dapat tak setimpal pun dengan apa yang telah aku sumbangkan.. Nak buat camna…dah rezeki aku dan Allah takdirkan rezeki aku buat masa ni cam gitu je.So berserahlah dan redhalah dengan apa yang Allah tentukan. Bulan tuhan kata KUN FA YA KUN..Jika KU kata jadi maka jadilahhh.. Insyaallah satu hari nanti Allah akan melipat gandakan rezekinya pada daku dan keluargaku..Aminnn


ALahai…bermadah plak daku pagi2 gini. Nak cerita ni, sebenarnya last Friday daku ambil emergency leave. Sebelum ni kan dah dua hari hero ku Muhammad Rayyan Ukasyah mengalami demam + selesema. Dan daku sebagai mamanya bertanggungjawab menjaganya.Tahu2 lah macamna gaya kalu baby demam tambahan pula selesema. Mestilah tidurnya tidak lena dan tak selesa. Nafas melalui mulut gitu.Dan disebabkan mamanya terlebih take care, maka mamanya pun terkenalah jangkitan daripada sang anak!! Oh anak ku….


Oh Ya!!Hari Khamis lepas selepas berbuka puasa di rumah, maka kami pun sempat terjah PICC, Putrajaya ada Metrojaya Warehouse Sales. Kami sampai sana pun dah pukul 8.40pm walhal 9.00pm dah tutup!!awal gilez kan!!orang ramai lagi time tu. Nasiblah time dilanjutkan sehingga 9.30pm. Papa@Mama sempatlah grap handbag untuk nenek, Kasut untuk Tok Wan, Hand bag untuk MAMA dan baju Raya untuk Rayyyan!!Thanks PA!! dapat plak coupon kena redeem sebelum 22 Ogos. Nampak gayanya kena datang lagi la Ahad ni! Balik dari PICC aku dah flat gilez. Terus terpengsan tidooooo…

Rayyan pakai baju tido je. Papa kata xyah tukarlah sbb pegi sat je.
Rayyan dok tpt lelongan Happy Hour. Tunggu papa yang tengah
bayar hasil pancingan..hehehehe.


Friday memang aku terlalu lemah sampaikan tak larat nak bangun. Aku sempat panaskan lauk sahur je. Then aku terus sambung tido. Alhamdulillah Rayyan behave je…turut golek2 atas katil dengan mama. Demam Rayyan dah kebah cuma selesema je yang tak nak surut2. Rayyan memang dah kurang tidur di siang hari. Itu lah merupakan dugaan terbesar aku dikala tak larat nak buat apa2 keja pun. Aku layan je Rayyan apa yang terdaya. Nasibla aku tak posa..hehehhee.. boleh lah join makan sama itu Rayyan!!

Kami tunggu papa balik nak pegi pasar Ramadhan. Daku gagahkan juga diri bawa Rayyan turun bawah jalan2. Kesian kat dia boring terperap je dalam rumah. Malam aku lepak tidur je. Papa jaga Rayyan. Thanks Papa!!Tapi bila Rayyan nak tidur passing jugak kat mama ye!!hehehe

Tengoklah si Rayyan ini..bukan mau tido!!main je dlm buaian




Then, sepahkan majalah(tpt faberete dia)



Petang,p bus-stop. Tunggu papa balik keja. nak p PARAM. Mama dah sihat skit. Rayyan pun sama



Hari sabtu, daku dah sihat sikit. Bolehlah kemas rumah yang bersepah macam kapal karam..Sempat juga masak bubur Rayyan & Makan bersama-sama Rayyan. Ahakk!!. petang dalam jam 3 lebih kami meneruskan ekspidisi perjalanan kami untuk membeli baju Raya…Mula2 kami pergi ke Mines. Dapatlah rembat seluar jeans untuk Rayyan. Yang lain macam tak menarik je. Dalam sejam kami kat sana lepas tu berdesup pegi ke Ampang Point plak!!Kat sana beli apa ye….daku macam dah terblank la plak!! Oh ya!!! Papa ada belikan 2 helai jeans LAdyLike untuk mama !!!Muaahhhh Papa I Like You laaaa & tak lupa juga baju Raya si Rayyan. Papa ada gak belikan baju untuk Tok Wan. Kami jalan2 sampai jam 6 lebih. Papa beli air & roti john. Dia kata berbuka dalam keta je nnti sebab nak terus pegi ke Jalan TAR. Aku pun ok je no hal punya …dah alang-alang nak jalan. Lagi pun papa kata next week dah nak balik Sijangkang. So, tak de masa lagi nak shopping. Mula2 sampai Jalan TAR memanglah tak ramai orang lagi. So, senanglah skit nak servey apa2 yang patut. Tengah syok jalan Rayyan pulak ter poo poo. Jenguk toilet kat Cambell ramai pula org beratur & little bitt dirty,so kami pun pegi Sogo yang sungguh selesa untuk menyuci bersihkan Rayyan bamm bamm. Bayangkan banyaknya dia Poo Poo sampaikan tembus kat seluar!!!hahahhaa. Mama bagi mandi itu budak sampai segar bugar dia!! Lepas itu, kami pegi ke Food Court untuk mengisi tank penyot kami anak-beranak.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Jalan TAR balik. Papa belikan baju readymade untuk Tok Mah. Atok Manaf pun dapat sandal yang di beli di Cambell. Papa juga belikan karpet baru di Jakel untuk rumah Tok Mah. Wah!bertambah berseri lah ruang tamu rumah Tok Mah nanti.

Ok! Setelah selesai menghabiskan duit PAPA diJalan TAR dan sekitarnya…kami merayap pula ke Uptown Bandar Tun Razak. Rayyan dah tertidur keletihan selepas mendapat upah nenen dari mama. Senang je..sumbat je!!!hahahaa. tak payah susah2 bancuh susu. Tawaf  dua round la gak cari parking & finally dapat gak yang dekat. Sampai sana mama dukung lagi Rayyan pakai carrier. Rayyan tetap maintain tido je… Good Boboy lah!! Kat sana Papa beli baju untuk dirinya dan yang semestinya untuk Rayyan…lagi…dan lagi…Lama gak lah kami jalan2 tawaf satu uptown!!Dalam jam 2 lebih di keheningan pagi baru lah kami sampai rumah da!!!Si Rayyan plak semakin aktif itu budak! Kami berdua yang dah keletihan but dia still maintain main atas katil!!Lama gak proses nak menidurkan dia.

HAri Ahad, seawal jam 9am, si Rayyan dah ajak bangun. Mama pun terpaksalah bangun gak! Layan dia makan,main…mandi…tgk tv …Cuma tido je dia xmau!!sabo je la…Lepas Zohor, papa kuar jumpa kawan dia & dia suruh kami siap2 sebab lepas tu dia akan drop by ambik kitaorg nak pegi PICC lagi! Dalam jam 3.30pm papa sampai rumah. Selain nak redeem coupon yang papa dapat tempohari, papa turut belikan seluar slack untuk Tok Wan, Atok Manaf dan Jeans untuk diri dia. Then lepas selesai semua urusan, kami singgah kat Carefour Alamanda nak beli barang basah dan stok dapur!!. On the way balik, singgah kat pasar depan UNITEN untuk beli juadah berbuka. Then kami beransur pulang..
Sesungguhnya, kesemua barang yang dibeli adalah keluar dari poket PAPA sebab mama kekeringan duit raya tahun ini. Thanks Papa..Jasamu amat ku kenang...Muahhhhzzz..Bila mama ada rezeki lebih nanti, Papa lah orang pertama yang mama akan bagi special present followed by Rayyan & diriku ini .. Insyaallah semoha Allah memberikan sinar kebahagiaan dan kekayaan buat hidup kami sekeluarga.Amin.

Nota kaki: Pagi tadi Rayyan nangis masa mama pass dia kat Tok SU. Maklumlah dah 3 hari tak pegi skul. Mama pun rasa sayu je tinggalkan dia. Sabar ye nak, mama keluar  cari rezeki nak bayar loan..hehhehee


Miss u Rayyan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan