Pages

Isnin, 30 Ogos 2010

Demam Campak

Last Friday balik dari ofis, jalan tersangatlah jammed. Mungkin sebab hari tu nuzul quran. Walaupun KL tak cuti tapi negeri jirannya iaitu Selangor gazet kan hari tu cuti umum. So, ramailah makhluk Selangor datang shopeng di KL. Kami yang nak balik keja ni pun terkena la tempiasnya. Petang tu papa ada meeting kat muzium. Papa said driver jabatan dah try pusing cari short cut punya jalan sebab banyak jln kena tutup. Takut lewat sampai opiz, papa minta mama pergi ke opiz dia naik monorail. Hamper jam 6.30 mama sampai sana. Tapi disebabkan jem punya pasal, kami sampai rumak Tok Su am 7.45 mlm!!!Berbuka la kami dlm keta dengan minum air tin Fruit-tree ngan kurma.Ala kadar alas perut je. Sampai rumah Tok SU kami bantai makan nasi!!!hehehhe.


Suprisingly, Tok Su inform that Rayyan kena demam campak. Satu badan rayyan dah merah2.Kesian sungguh anak mama sorang ini. Badan dah tak panas cuma selesema je skit. Lepas makan & solat, kami beransur pulang. Singgah kat Hero, Sri Permaisuri beli kelapa muda. Orang tua-tua kata kalu kena demam campak & nak campak tu keluar cepat, minum la air kelapa. Sampai rumah papa kupas kelapa muda tu bagi Rayyan minum. Nasibla Rayyan nak minum. Adalah dalam setengah gelas. Lebihnya mama minum lalalala..Mama pun sibuklah tepon Wak Uda, Wak Farah yelah Tanya petua Demam campak ni. Macam2 petua diorg bagi tapi yang paling penting Wak Farah kata jumpa lah doctor dulu sebab doctor akan kategorikan demam campak tu. Disebabkan malam yang semakin tua, papa decide pegi klinik keesokan harinya. Malam tu mama Cuma letak bedak sejuk kat seluruh badan Rayyan. Rayyan behave je. Mungkin selesa bedak sejuk tu menyebabkan badan dia sejuk & kurang gatal.







comotnye anak mama...satu badan kena lumur dgn bedak sejuk...
tapi dia suka maybe sebab sejuk kot! Bila dah kering baru mama pakai kan baju



Pagi sabtu tu kami sahur makan roti sahaja tau!!!sebabnya Wak Farah said, mama tak boleh goreng2 & kena berpantang makan supaya Rayyan cepat baik. Adohaiii…first time mama sahur tak makan nasi…jam 10 pagi dah lapoooo…papa gelak kan mama je dia kata ‘Ala tu psiko je!!” sabo je laa. Kami pun berkemas nak balik Kampungku Sijangkang.

Tapi, dalam jam 12 tengahari, kami dapat panggilan dari adik iparku Apit, yang nenek Leen(tunang dia) telah kembali ke Rahmatullah. Inna lillahi wainna ilahirajiun…kepadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali. Semoga arwah nenek Leen diletakkan bersama-sama dengan orang yang beriman.AMin. Kami sekeluarga memang kenal rapat dengan nenek. Syukur lah sebelum puasa tempohari kami sempat ziarah dia yang pada masa itu pun mmg dah terlalu uzur. Semoga nenek aman bersemadi di sana – AL FATIHAH.

Apabila mendapat perkhabaran sedih itu, kami pun tukar plan, dari balik kampong ke berdezup pegi Seremban melawat arwah. Sebelum tu kami pergi klinik minta Doctor check Rayyan. Rayyan ni kat rumah dah dua kali muntah sampai klinik pun terus gak muntah. Asal makan je mesti muntah. Bila doctor check, selain kena campak, perut Rayyan banyak angin. Doctor bagi ubat tahan muntah, ubat tahan gatal & ubat buang angin, dan ubat sapu . Amatlah susah nak bagi Rayyan Makan obat!!dia geleng2 kepala sambil ketap rapat2 itu molot!!!sabar je laa…mama pun paksa dia makan gak!siannye anak mama…


Sukanyer Rayyan main botol ubat


Kat rumah Cik Leen,minum vitagen.susah nak guna straw kecik,
mama boh gen dlm botol susu. Tengoklah muka Rayyan kemerahan sebab campak+panas



Kami sempat sampai Seremban masa nenek tgh dimandikan. Kami tunggu sehingga selesai kafan dan nenek dan dibawa ke surau untuk disembahyangkan.kami tak ikut sebab nak balik kejar buka kat rumah. Oh Ya!!Maksu, Mami dan Pakcik ikut kami sekali. Sampai rumah Maksu dah jam 6.45pm.Kami berbuka kat Rumah Maksu aje. Rayyan muntah tiap kali diberi makan!dia pun poo poo gak. Terus mandikan dia biar segar skit. Dalam jam 8 lebih kami bertolak balik. Disebabkan tukar plan esok je balik Sijangkang, maka papa plan nak pergi Putrajaya ada Jualan Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) kat Presint 2. Mama sempat grab sandal & kuih raya..hehehee. then kami pegi pula Branded Bazaar Sale @ Putrajaya kat presint 16. Masa ni pun Rayyan poo poo lagi…. Tak berapa menarik & tak beli apa-apa pun.. Then kami berangkat pulang ke ganggang.

Bila dipikir2 dalam keadaan Rayyan yang demam tu pun kami sempat pergi bershoping…Alahai mama … penangan raya punya pasal.

Hero mama yang penakut dengan ubat. time nak bagi pandai pulak dia geleng2 kan kepala dia sambil ketap mulut dia kuat2!!!Alahai Rayyan oiii...terpaksa gak mama paksa dia makan obat!!!kata nak baik kan senang mama nak p shoping...hehhehee

semoga cepat sembuh ye sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan