Pages

Monday, September 20, 2010

Raya Part 1

7 Sept 2010

Kami balik ke Kedah pada hari Selasa tengah malam. Hari Jumaat kan dah raya. So, kami pun ambil cuti awal 2 hari (company aku bagi cuti extra xpayah rekod as AL). seperti tahun lepas, sebelum balik ke kedah, kami bergerak balik ke Sijangkang dulu. Yelah raya in- advance dengan abah, makci & adik beradikku yang lain. Uda & family dari Kota Bahru pun balik naik flight malam ni. Alang2 tu kami nak jumpa la gak sebab hari raya ke 3 dia dah balik ke KB. Dalam jam 12 tgh malam baru dia sampai. Kami chit-chat sat & yg penting bertukar duit raya!!collect gak utk Rayyan!!!hahahha.


Dalam jam 2 pagi juga la kami masuk high-way. Apit adik ipar @ co-pilot pun ikut balik sama. So aku & Rayyan dengan rasminya menjadi bos duduk di belakang!!!bebas aku untuk bangun& tido sesuka hati! Rayyan masuk keta je terus lena tau!aku pun 2 kali 5 gak!! Kami singgah sahur di Georgtown. Takut plak kalu serbu rumah xde mknn..aku xpernah miss tau makan nasi masa sahur!!alahai!!!


Sampai kg, mak & abah p masjid solat subuh. Balik je Nampak Rayyan hati mereka teramatlah gumbira. Mana taknye jumpa cucu yang dah makin banyak akai!!! Sepanjang di sana memang seronok sungguhlah Rayyan main dengan Tok Wan&Tok Mahnya. Sampai mama nak dukung pun dia tak mau!! Sabo je laaa. Pandai betul Rayyan jaga hati Toks ya!!Gud boboy la bebeh.

Disebabkan Rayyan suka tinggal di rumah alasan je tu kami berdua senang lenang keluar dating ke mana saja. Pergi town,jitra & tanah merah. Habis satu Alor Star kami tawaf.


10 Sept 2010
Hari yang ditunggu telah tiba…..Raya menjelma jua!!!Diaorg semua pegi masjid. Aku xdpt pergi memandangkan ada seorang anak raja yang kena disiapkan santapan dan pakaiannya!!! Payah gak nak kejut dia bangun di pagi Raya.bila dah bangun bagi plak makan & mandi & pakai baju baru. Lepas tu dia tertido plak!!! Bila semua dah ready nak bermaafan aku paksa gak dia bangun. Tengoklah gambar tu…macam mencuka sebab still mamai!!.


Lepas bermaafan dan bertakbir, kami pergi melawat kubur tok & adik beradik. Selesai semuanya kami balik membuat persiapan untuk menyambut kedatangan tetamu. Lewat petang baru kami pergi ke rumah Pak Teh & Mak SU Bukit Pinang. Lepak sampai malam. Balik tidur dengan keletihan dalam kekenyangan.

Oh ya!!disebabkan sepanjang 28 tahun berhari raya dengan ketupat berasaskan nasi, maka tahun ni aku pun tak nak lah ketinggalan makan makanan wajib raya ni. Aku beli ketupat nasi segera. Jadilah kan dari takde. Menjadi kebiasaan orang Utara menjamu ketupat palas di hari raya. Ketupat ini akan dimakan bersama-sama dengan rendang daging @ ayam. Aku pun makan ketupat nasi dengan rendang tu. Xsempat belajar nak buat sambal kacang la…huhuhu..


Begitu lah seterusnya pada hari Raya kedua, ketiga dan berikutnya. Kami sempat pergi ke rumah2 sedara & kawan. Raya keempat kami pergi ke Padang Besar. Puas hati betul kali ni pergi sana sebab aku dapat memancing banyak baju dan blaus!!!best oooo. Papa pun dapat baju. Rayyan plak dapat motosikal plastik. Bukan main kuat dia melalak masa kami angkat dia selepas dia test itu motor. Walhal motor tu dah masuk dlm plastik nak bungkus bawak balik. Sepanjang jalan nak masuk kete dia menangis kuat habis satu Padang Besar dengar. Alahai anak mama yang baru 9 bulan ni dah tau ke benda tu mainan. Tak tau lah camana plak lepas ni kalu pergi pasar @ toys department. Tak berkelip dia pandang semua mainan itu. Bukan apa kalu beli pun bukan dia nak main. Sekejap je dah jemu. Mainan tu tolak ketepi!!! Lepas ni aku nak beli  banyak2 buku lah utk dia. Mainan tak moh lah.

No comments:

Post a Comment