Pages

Tuesday, September 21, 2010

Raya Part 2

Masih lagi di hari raya yang ke empat. Lepas balik dari Padang Besar, kami cepat2 siap untuk bergegas pergi ke rumah sedara. Dah janji nak datang beraya. Di dalam kegembiraan menyambutnya, terjadilah satu ensiden yang amat memilukan hati aku sebagai seorang mama. Memang salah aku tapi dak takdirnya aku tak mampu menolak. Walaupun dalam hati aku berkata kalau lah itu…..kalau la ini… tapi apa kan daya aku tak mampu menghalangnya.


Sedang aku pangku bagi makan soto kat Rayyan, tiba2 dia tarik satu bunga kat pasu sebelah kami yang menyebabkan pasu tu dah nak jatuh. Aku pun dengan kelam-kabutnya tahan pasu tu tapi malangnya Rayyan tergelincir jatuh. Papa pun dengan sepantas kilat mengambil Rayyan kat lantai tapi terkejutnya kami darah mengalir banyak dari pipiya yang gebuz itu!! Rupa2 nya kelopak2 bunga yang amat tajam di pasu itu telahtertusuk ke pipi kiri Rayyan. Sedihnya aku kala itu hanya Tuhan aje yang tahu. Walaupun orang tengok aku kelihatan tenang tapi dalam hati aku ini turut merasa keperitan itu. Papa & Tok Wan, Tok Mah dan yang lain pun terkesima. Kami tekap pipi Rayyan dengan tuala. Papa bagi susu dalam botol. Lepas sudahkan makan yang dah tak de selera tu kami beredar untuk pergi ke klinik. Tapi papa decide bawa Rayyan ke PMC (Putra Medical Centre) sebab papa tengok luka Rayyan amat dalam dan tak confident dengan servis kat klinik@ hospital gomen. Papa nak yang terbaik untuk anak dia.

So, Bila doktor check, memang luka dia dalam & disebabkan Rayyan still baby, diktor suggest Rayyan dibius untuk memudahkan mereka menjahit luka tersebut. Kami pun agreed & Rayyan kena admit kat wad. Time tu jam 8 malam. Kami dah dapat katil.tapi lama plak nak tunggu Doktor pakar datang sebab on call. Dalam jam 10 lebih baru doktor muncul. Dr Yusop jaga kes Rayyan. Dia pun check luka itu & kata doktor bius akan datang check plak. Kami tunggu la doktor bius datang. Kemain lama sangat. Bila doktor bius datang, dia kata tak dapat pastikan lagi dapat operate Rayyan jam berapa sebab dia sekarang tgh operate org & kata hospital kekurangan doktor & staf bertugas. Papa pun dah nak naik hangin sebab reason itu patutnya tak timbul di hospital private yang mahal ini!!itu bukan problem kami & kami tak nak tahu pun reason itu. Doktor tu pun tahu takut….hehhee.dia akan arrangekan.

Dalam jam 11.30mlm, staf nurse panggil kami sebab OT (operation theater) dah ready. Time tu Rayyan dah meragam sebab dari jam 7 lebih dah tak makan @ minum. Rayyan kena puasa sebab nak operation.Papa sign dokumen & aku pegi tukar baju operation. Rayyan masuk dalam bilik OT no 2. Bilik no 1 ada org tgh bedah gak. So, dr bius tu intermediate jaga dua2 sekali. Aku dibenarkan dengan Rayyan sampai dia dibiuskan je. After dia pengsan, aku kena tunggu di waiting room dengan perasaan yang amat berdebar skali. Risau sangat2. Dalam jam 12.05am, baru Doktor Yusop keluar tapi Rayyan tak kuar lagi. Dr Yusop tulis report sambil explain kat aku pasal Rayyan. Rayyan bernasib baik sebab lagi satu layer aje luka dia nak tembus ke dalam mulut. Doktor jahit 2 jahitan kat dalam dan 2 jahitan di luar. Dr kata dalam sejam lepas operation Rayyan akan sedar balik.15 minit lepas itu aku tgk nurse dukung Rayyan keluar. Rayyan dah sedar!!tapi dia menangis dengan matanya tertutup. Aku tahu dia dalam kesakitan sebab ubat bius dah abis. Samalah sakitnya masa aku lepas operation waktu bersalin kan Rayyan dulu. Aku tahu situasi itu. Memang amat menyakitkan. Rayyan kena jemur bawah lampu sebab kesan dari ubat bius itu akan menyebabkan badan kita kesejukan. Aku dah lalui semua itu. Tapi Rayyan dah tak nak baring. Aku dakap Rayyan kuat2. Tak dapat bagi nenen sebab aku pakai baju operation. Zip kat belakang. Dalam lebih kurang lepas 15 minit, doktor benarkan kami naik ke wad. Aku sepantas kilat tukar baju. Naik je wad, papa & lain2 sedang menunggu. Tok Lang, Tok Su & Tok Mami, Mak Uteh pun ada sebab kebetulan malam tu Mak Lang jemput semua datang beraya ke rumahnya. Kami aje yang tak dapat pergi. Semua terkezut dengan inseden ini. Rayyan senyap & terlena bila aku bagi nenen kat dia. Malam itu, aku temankan Rayyan tidur di hospital. Akan ku kenang tarikh 13 September 2010 (bersamaan dengan harijadi Nurul Izzah Humaira’-tattala dia sedang potong kek celebrate besday, Rayyan plak kena celebrate di PMC).

Tapi syukurlah Rayyan tak demam. Staf nurse sentiasa datang check suhu badan dia. Keesokan paginya papa datang & kami tunggu Dr Yusop tiba. Lepas everything ok, Rayyan dibenarkan balik. Yahooo!!! Papa kena bayar bil sebanyak Rm15**.**. Sian papa. Tapi papa kata ini semua untuk kebaikan Rayyan. Dia taknak muka Rayyan ada scar yang tak kan hilang sampai dewasa. & tak nak one day Rayyan blame dia. Thanks Pa, you are a great Papa in d world.

Memang teramat syukur sebab Rayyan tak demam & dia aktif seperti biasa. Kami semua pulak seriau dengan keadaan pipi dia tu. Dia ok je..malam kami sempat pergi ke Tesco beli dypers Rayyan & singgah beraya ke rumah Tok Lang. sempat juga singgah rumah kawan papa yang dah nak kawen lagi 2 hari. Kami xsempat hadir majlis dia nnti sebab esok dah nak balik KL.

No comments:

Post a Comment