Pages

Selasa, 21 September 2010

Raya Part 3

Pada hari raya ke -6, kami pulang ke Ibu Kota setelah 8 hari berada di Alor Star. Syahdu betul Tok Wan & Tok Mah Rayyan kerana terpaksa berpisah dengan cucu kesayangannya itu. Apit & Faizal iku balik sama. Dalam jam 5pm kami bertolak & singgah beraya di Ipoh (rumah Mak su) dan Tapah (rumah mak Kak Dibah). Semua terkezut dengan pipi Rayyan itu & setiap rumah yang kami pergi, kami kena explain dulu kat depa pasal insiden ini. Kena ceramahlah kami dengan depa semua…huhuhuu


Sampai KL dalam jam 12 tgh malam, drop kat rumah Kak Wati di Kerinchi (dia kirim kat Astro yang tertinggal kat rumah mak dia di Kedah) dan kami drop kan Apit & Faizal di rumah kami. Kami terus bergerak ke Sijangkang, kg halamanku. Nak teruskan espedisi beraya di sini plak.

Memandangkan Raya pun dah masuk hari yang ke 7, so suasana dan feel raya dah suam2 kuku. Tak banyak tempat kami pergi tahun ini. Tapi rumah-rumah yang wajib pergi seperti adik beradik sblh arwah mak & adik beradik abah dapat kami ziarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan