Pages

Selasa, 21 September 2010

Raya Part 4

Hari Sabtu petang kami berdezup balik ke kL. Dah leat petang gak la. Harini jahitan luka Rayyan dah boleh di buka. Mula2 planning nak pergu klinik dekat kg ni je. Tapi bila pikir2 kami tak biasa sgt dengan tempat ni so better kami bawa RAyyan ke klinik yang selalu kami pergi. Dalam jam 7 lebih kami sampai ke Klinik BTS. Nasib takde patient. Rayyan plak baru je terlena. Lepas je register nama Rayyan dipanggil masuk.


Syukurlah semua nye berjalan dengan lancar kerana Rayyan tengah tido. Kami tak dapat bayangkan kalaulah Rayyan tejaga macamana doktor nak buat keja dia. Doktor gunting dengan amat berhati2 satu persatu. Bila nak gunting jahitan yang last skali Rayyan macam dah nak terjaga, aku cepat2 dodoikan dia lagi & bila selesai je jahitan semua telah dibuka, Rayyan terus tersedar dari tidur. Hairan tengok uncle Doktor & terus menangis terkejut!!hehhee. Oh ya!masa sesi buka jahitan tu,kami sempat berborak lama dengan doktor. Kami ingatkan kena charge mahal. Yelah consultant fee takut tinggi. Tapi bila bayar…staff nurse kata RM5.00 sahaja. Kami berdua tergelak dengan harga yang murah itu. Agak2 je doktor tak sampai hati kot nak kenakan charge yang tinggi sebab bulan ni je dah 3 kali kami pegi jumpa dia…hehehehhee.

Selepas selesai semuanya, kami singgah ke rumah TokSu Rayyan yang buat open house. Kami tak dapat lepak lama2.dalam jam 10 kami beredar balik sebab kt rumah Long pun ada buat makan2 sempena 3 orang anak buah aku (Syaiful, Aiman & Aufa) nak menjalani exam UPSR. Semua adik beradikku berkumpul kecuali Uda yang nun jauh di Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan