Pages

Isnin, 11 Oktober 2010

10.10.10

Angka ini amat special bagi sebilangan orang yang mana menjadikan tarikh tersebut sebagai tarikh perkahwinan, pernikahan, kelahiran dan lain-lain lagi. lagi-lagi ianya jatuh pada hari Ahad. Bagi aku pula, pada tarikh tersebut, kami sekeluarga buat majlis sambutan hari jadi bagi semua famili aku yang lahir pada bulan Oktober. So, kami jadikan majlis ini sebagai 'Famili Oktober'. Antara warga Oktober selain aku yg of kos akan menyambut Hari Tua Day ku pada 12 Oktober (sama tarikh dgn anak buahku Adib), adalah Am (abg ku ke-6) pada 8 Oktober, Kak Farah (kak ipar ku) pada 10 Oktober, Siti (Adik Iparku) pada 25 Oktober, Ghani (Adikku) pada 30 Oktober, Anak2 buahku seperti Saiful, Izzati, .......Sory kalu ada yg tertinggal.ramai sgt!!huhuhu.

Sebenarnya, aku plan nak buat Majlis makan-makn kat rumah sewa ku. Tapi memandangkan rumah ku yang amat chumel itu dan Papa sedikit bz dengan keja & out-stationnya maka kami ubah  ke tempat yang paling strategik & sesuai iaitu tidak lain dan tidak bukan RUMAH PAK MANAP a.k.a rumah abahku tercinta yang terletak di Sijangkang Selangor. haaa barulah luas mata memandang!aku tak dapat bayangkanlah kalu buat kat rumah aku yg sekecik itu. aku rasa muat untuk Family Oktober tiup lilin je laaa...hahahhaha. tak pa nanti kalu aku dah ada rumah yang besar, akan ku panggil ke semua makhluk familiku yang besar itu datang ke rumah ku tu nanti..Amin..doa2kan lah..

ok.berbalik kepada majlis td. kami planning diadakan lepas Asar. semua adik beradikku ada kecuali Family Uda. Yayang oun xde sbb keja kat Thailad. Menu pada ptg tu simple aje Bihun goreng, Pecal (makcik teringin nak makan), BBQ seperti ayam & ikan & pelbagai dessert.

Aku just sponsor RM & Cake je. Tak tolong masak pun!!huhuhu. aku beli Ice-Cream cake & Ben 10 cake. maklumlah ahli jemaah ramai budak2. sure suka pada ice-cream itu. Majlis berterusan sampai lepas Maghrib. dalam jam 8 lebih kami minta beransur pulang sebab esok keja & papa nak pegi outstation ke Sabah selama 3 hari..huhuhu..sedih ar.....besday mama nanti papa takde!!

oklah itu saja coretan untuk 10.10.10. walaupun majlis ini simple tapi amat bermakna bagi ku sebab kami dapat adik beradik dapat berkumpul dan berborak bersama-sama. anak-anak pula dapat bermain dengan sepupu-sepunya. aku suka pada family ku yang besar ini. dengan adik beradikku yang berjumla 9 orang dan masing2 telah berkeluarga...aku mempunyai sejumlah 26 orang anak buah + Rayyan menjadi 27 orang cucu Pak Manap & akan bertambah dari tahun ke tahu. hehheee. SUngguh produktif kami semua..hahahhaa lalallaa. Semoga ikatan ukhuwah kekeluargaan kami ini akan berkekalan untuk selama-lamanya.Amin


Happy Birthday to me......


with beloved Papa & Rayyan



Para mommies tiup lilin. Aku diapit oleh Siti & Kak Farah
Kongsi besday di bulan yang sama


Tidak dilupakan Muhammad Adib yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ku.
Tahun je lain2..hahahhaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan