Pages

Selasa, 12 Oktober 2010

Happy Tua Ku

Harini 12 Oktober 2010...maka genaplah umurku 29 tahun. Tahun terakhir ku berumur 20-an. Tahun depan aku dah pegang title 30-an.oh tidak!!!!macam ku tak percaya makin lama umurku semakin meningkat. terlalu banyak lagi benda yang ingin aku capai dalam hidup ini. Oh Tuhan, berilah kesempatan untukku menggapai segala impian dan cita-cita yang ku idamkan. Berilah aku kesihatan yang baik dan akal yang cerdik supaya aku dapat merencana segala impianku untuk ku buktikan bahawa aku jua boleh berjaya seperti orang lain. Ya Allah!kau berilah aku kekuatan besempena dengan hari ulangtahun kelahiranku ini..Amin Ya Rabbul Alamin.

Kepada Arwah Mak, semoga Roh Mak ditempatkan dikalangan orang-oran yang beriman. Terima Kasih kerana telah melahirkanku. Walaupun mak telah pergi 18 tahun yang lalu, tetapi Norly sentiasa mengingati mak di mana jua Norly berada. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat mak di hati ni.

Kepada Abang, Thanks atas ucapan advanced dari abang malam tadi. Terima Kasih kerana mengingati Ulangtahun kelahiran Sayang. Sayang sedih abang tiada di sisi pada hari yang amat bersejarah ini. Tapi sayang tahu  abang out-station ke Sabah adalah atas tuntutan keja. Esok abang balik.Moga selamat perjalanan abang. Syukurlah Sayang ada Rayyan. Peneman setia mama. Tahun ini adalah tahun pertama mama menyambut hari jadi bersama Rayyan.

Kepada Teman2 dan Sanak Saudara yang telah menghantar sms dan ucapan melalui facebook, Sekalung Perhargaan atas ucapan dan doa kalian.Moga segala doa yang dititipkan kepadaku akan dimakbulkan olehNYA.

Tahun ni aku dah tiup lilin in advanced iaitu pada 10.10.10. seperti yang telah aku ceritakan semalam.  happening sungguh majlis santai makan-makan itu walaupun kami sambut dengan ala kadar sahaja. thanks again to all of you.muaahhhhhhhhhhhh



card from Ayah Long Rayyan. Thanks for the cute card! sebabnya muka insan2 kat dlm card ni yg cute.

pssst; bawak Rayyan bersiar2 exercise makan angin dulu kat rumah Tok Su. Papa g out-station, so ,mama boleh lah gerak lewat skit dari rumah Tok Su. Seronoknya tengok Rayyan ni yg bucuk tak mandi lagi ni....


Happy dapat berlari bebas kejar birds... dah letih, duduk rehat sat!

Abg Kimi, peneman setia Rayyan Geng buli Tok Su

Nakal nyer nak terkam kucing la plak!!



ok...dah puas main, sebelum kena paksa balik, mari lah kita sama-sama mendendangkan lagu Negaraku!


Hai Kawan-kawan

ni la mama Rayyan...Epy Besday mama !!!
(sory,pic tak rotate..hehhehe)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan