Pages

Isnin, 25 Oktober 2010

Susu Ibu


Kadangkala motivasi aku down untuk fully-breastfeed si bamm bammm Rayyan. Tapi, Alhamdullilah papa sentiasa mengingatkan mama supaya jangan malas & ingat niat mama untuk fully-breastfeed Rayyan sejak Rayyan dalam perut lagi. Thanks Pa!!

Jika aku terasa malas, akan ku google info tentang kebaikan susu ibu vs susu lain. contohnya seperti di bawah ini!!

Antara kebaikan susu ibu berbanding dengan susu-susu lain di dunia ini;

1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.

2) Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.

3) Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.

4) Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.

5) Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

6) Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah menbancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada sushu yang sesuai.

7) Memberikan bayi keselesaan dan ketengangan emosi yang diperlukannya.

8)Dan yang paling penting skali….dapat menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.

Banyak lagi yang lain tapi 8 kebaikan ini pun telah cukup memadai untuk menaikkan semangat mama!!!

One more!!Rayyan sudah masuk 11 bulan...yeayyy yeayyy....selama itulah susu mama telah mengalir dalam badan Rayyan. Satu bulan saja lagi untuk Rayyan melangkah ke umur 1 tahun. Hope mama dapat fully-breastfeed Rayyan sehingga ke umur itu. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan mama...Go...Go Mama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan