Pages

Selasa, 23 November 2010

my Hero turn to ONE !

tIng...tOnG.....tiNG....TOng...

Alhamdullilah, tanggal 21.11.2010, detik 5.37 petang, hero mama MUHAMMAD RAYYAN UKASYAH BIN MOHD ZAMRI telah pun berumur 1 TAHUN!!!Big congratulation tu you Rayyan!!! Mama really proud with you.


Rayyan membesar dengan sihat dan bijak. Tiada apa yang dapat mama berikan selain iringan doa agar anak mama sentiasa sihat dan terus membesar di mata mama. Mama teramat puas kerana sepanjang satu tahun ini, hanya sekali sahaja mama tidak dapat tidur malam bersama Rayyan iaitu pada malam kelahiran Rayyan. Itu pun buka mama sengaja tapi adalah disebabkan mama melahirkan Rayyan secara c-zer dan doktor minta mama berehat. Malam itu, mama memang betul2 tidak berdaya. Maafkan mama sayang. Tapi hanya malam itu sahaja. Dari tika hari kedua kelahiran Rayyan hinggalah genap setahun mama tidur malam bertemankan Rayyan dan Papa selalu out station tinggalkan kita  .Rayyan mesti bangga dengan mama kan…. ;-))) puji sendiri...masuk bakul angkat sendiri daaaa.

Besempena dengan umur Rayyan yang genap setahun pada hari ini maka mama coretkan beberapa pencapaian anak mama yang mama ingat je yang amat membanggakan kami semua:

1. Rayyan sudah pandai berjalan sejak umur 10 bulan! Dan kini semakin expert!dah dapat lesen full!! asyik merayau jeeee

2. Berat Rayyan 1 tahun adalah 10.8kG manakala tinggi Rayyan pula 80cm! amat puas menggomol Rayyan sebab dia berisi…lagi2 tang pipinya itu…kalau cium memang tak puas!!!gerammmmm

3. Rayyan masih hisap susu mama sepenuhnya. Tapi hari ini mama beli susu tepung Dumex Dugro untuk stand by if la anything berlaku pada mama. Mama dah pernah test bagi susu ni (minta susu Humaira’- sepupu Rayyan) & Rayyan ok je. Boleh terima. Sepanjang bagi susu itu hati mama bagai terguris kerana Rayyan minum susu lain. Mama memang sedih sangat. So, seboleh-bolehnya selagi susu mama ini cukup untuk Rayyan, mama tidak akan berhenti daripada menunaikan tanggungjawab ini. Tapi takpelah sebab dah setahun & hasrat mama utk breastfeed Rayyan hingga 1 tahun telah tercapai maka mama redha membenarkannya...pasni mama boleh bergaya skit p keja bawa handbag ja!!hehhee...amboi mama ni!!

4. Rayyan dah ada 4 batang gigi. 2 atas dan 2 bawah. Yang atas besar dan jarang pulak tu!!hehhehee. alamak ada extra 2 btg lagi la kat atas.malu2 nak timbul tp dah nampak putih arr.


                                                     lOOk my GiGi...

5. Rayyan dah pandai makan semua jenis makanan. Manis,pedas,masam, masin, pahit!!semua dia dah balun! Air pun dah macam jenis perisa. Kalau kat rumah Tok Su, selain minum susu, Rayyan minum gak Ribena dan Sirap. Kalau vitagen tu sekali hadap 2 botol boleh abis…ayoyooooo my dear Rayyan!!banyaknya kamu minum!! ;-))
6. Rayyan terlebih manja la pula akhir-akhir ni. Lagi2 dengan mamanya. Tapi mama suka!!!hahahha

7. Rayyan amat mahal nak lemparkan senyuman dengan orang yang dia tak kenal. Masam je muka dia…muka orang serius…mcm papa…hehhehe. Tapi kalu dah mood dia nak senyum tu…sampaikan terkekeh-kekeh dia gelak… naik gerammmm mama tengok.

8. Sedari umur 5 bulan telah pakai pampers saiz L & maintain until skrg.xyah lah tukar saiz awal2 ye nak oii... kalu nak harga sama, bila saiz bertambah maka kuantiti pun makin berkurang!kena berjimat la skit. tu pun bersyukur sgt2 Rayyan tak kisah pakai pampers jenis apa. setakat ni mama bagi Fitty@ drypers untuk siang & Huggies merah utk malam. Tapi kalu stok abis mama pakaikan je Fitty tu time tidur tapi bila nak tidur tukar baru& bangun pagi pun terus tukar. biar Rayyan selesa.Fitty ni pun murah skit dalam rm23@60pcs (kalu ada sales la). biasanya stok utk drypers & huggies pun mama beli time sales (dalam RM29.90). kena pandai cari tempatlah.rajin2 tgk iklan kat paper!!hehheee...kalau jalan2 mama bawa bekal Drypantz utk Rayyan.

9. Rayyan suka dengar lagu AF si Akim la,Shahir,Adira,Daus dan macam2 lagi lah. kalu kat tv tgh lagu tu bukan main suka banget dia...siap goyang2 kan badan menari plak tu!papa kata bleh temankan dia tgk karaoke..ok lah pa, korang p berdua je...mama boleh tidur aman di rumah tanpa gangguan..hahahhaa. sebagai solutionnya mama downloadlah video tu kat dlm hp mama. mama bagi dia tgk kat hp Sony mama. terjatuh pun xpa sbb mama ada bb baru!!hehhee macam org tengah berchenta tgk video itu...lagi2 lagu akim..."aku suka Kamu!!" satu hari mau repeat 100 kali oooo...mama mau mereng la nak oiiii.

10....dan macam2 lagilah berkembangan Rayyan yang makin berkembang itu. akan di update dari semasa ke semasa!

Sempena dengan Besday Rayyan yang pertama ini, kami adakan BesDay Bash ParTy utk dia.. tunggu yaaaa


                                            Invitation Card....staff papa tolong buat ;-))
 
Tahniah kepada PAPA yang telah berjaya dengan cemerlangnya menjadi papa buat Muhammad Rayyan Ukasyah. Pengorbananmu tidak dapat kami lupakan. Thanks Pa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan