Pages

Sabtu, 20 November 2010

MeLakA oH mElaKa

2 hari lepas kami pegi ke Melaka. Sementelaah papa dapat cuti, susah bebenor dia nak cuti ada balance 59 hari lagi tu!! aku pun turut mencutikan diriku ini. huhuhuhu. lagipun Tok Wan & Tok Mah still ada kat KL. So, as per requested by Toks untuk ke Melaka, maka destenasi itu kami tuju dengan hati yang gumbira. Nasiblah Toks teringin nak p, dapatlah aku tumpang sekaki...kalu aku yg nak comfirm la tak dpt!hehhehe . Kami bertolak Khamis tengahari & sampai kat sana dlm jam 2 lebih. terus cari hotel untuk menginap malam tu. kami saja cari berdekatan dengan pantai Klebang. so, pusing punya pusing, kami berhenti kat Royal Puteri Beach Resort. Tanya receptionist ada bilik kosong. kami ambil apartment 2 bilik. best skit nak lepak kalu pegi dengan family. added by, Apit pun bawak Leen skali. after ckeck in dan makan bekalan makanan yang kami bawa, kami pun menuju ke Bandar Hilir. Tempat yang kami lawati di sekitar A Famosa, Dataran Pahlawan dan Menara Tamingsari. terkezut aku lihat perubahan Melaka yang memang mengalami banyak perubahan berbanding semasa aku belajar di sana sekitar tahun 1997/98. waduh lama sungguh sudaaa!!!

Kami naik beca, menara dan yang best skali Tour Duck. naik pula time matahari nak terbenam. gerun dan mendebarkan. mana taknye dari darat turun ke laut plak. perjalanan naik truck itu mengambil masa lebih kurang 1 jam. memang berbaloi2. tiket untuk dewasa RM38 & Warga emas dan kanak-kanak RM27 sahaja. time tu Rayyan tido dengan nyenyaknya. aku pun paksa dia bangun gak!rugi ooo kalu dia tak menikmati pemandangan dan pengalaman naik Tour Duck ni. So, kepada sapa2 yang tak try lagi naik Tour Duck ni silalah mencubanya. gerenti puas hati!!! cuma bahaya gaklah  coz truck yang dapat memuatkan 34 penumpang ini, sepatutnya memperketatkan lagi peraturan seperti pemakaian jaket keselamatan kepada para penumpang. mana taknya, kita masuk ke laut dalam, bukan sungai tau...tapi LAUT...kalaulah ada problem happen masa kat tgh2 laut tu maka terkuburlah kami di lautan yang luas itu!!cuak beb.memanglah ada jaket kat ats bumbung tu tapi kan kalu dah namanya emergency pastilahtime tu satu benda apa pun dah tak hengat. Syukurlah tak jadi apa2. but it's a new experience to us. best...best....

Balik hotel malam tu masing-masing dah keletihan. apit dan leen aja yg keluar tapau burger untuk kami. kami makan di hotel aja. Esoknya, kami p breakfast kat bawah. masakan ala carte bleh order apa yg kita nak dlm menu. sambil brekfast papa layan Rayyan mandi kat swimming pool. Rayyan ni plak buat2 berani minta lepas tangan nak jalan dalam air! tgh kami berpaling pandang ke tempat lain, tengok dia dah terapung!!!! cepat2 papa ambil & merah padam muka dia. aduhai Rayyan nasiblah Tok tak nampak!!!tapi mmg dia antu air. seronok sgt2.

balik bilik kami siap2 nak check out. Leen & Apit dah balik awal2 pagi tadi sbb Leen ada interview keja kat PJ petang nanti. so diaorg rushing la balik dulu. Kami pula pegi ke destinasi seterusnya. Mula2 singgah rumah Mak Kakak IPar aku di Bemban Jasin. alang-alang dah sampai Melaka kami pun singgahlah tengok Mak Tok yang dah tak berapa sihat itu. After that kami ke Zoo Melaka. letih oiii jalan kaki. adalah dalam 2 jam!!! Rayyan plak tak berapa pandai lagi tgk binatang2 tu. just tgk tak de perasan...hehehhe.dia cuma kenal cat aja!!!

otw balik, kami singgah ke rumah Leen di Senawang. Mak dia jamu kami makan nasi.... Alhamdulillah kenyang peyot kami. Balik rumah dah hampir nak maghrib. walaupun letih tapi memang best la dpt jalan ke Melaka.

AKu pula kena bersiap-siap kemas apa yang patut sebab nak kena balik Sijangkang pulak!!! esok ada kenduri korban kat rumah Am. harus balik malam ni sebab nak tolong lah buat apa-apa yg patut...ye ke....hehehee

k ar to be continue......................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan