Pages

Isnin, 3 Januari 2011

Kezutan pada Cuti Mengejut

Hari kejadian (jam 7.30pm)
mama - "Pa, dah sampai KL ka? " ~dia out station ke Pahang harini~
papa - " Dah, baru je sampai opiz.kenapa?"
mama - " tak de la...saja je tanya...ermmm cuti 3 hari tak nak balik Kedah ke?"
papa - "balik kedah? boleh ker...xpa nnti kita jumpa kat rmh"

al-kisahnya, negara kan dapat cuti sehari sempena menang bola piala AFF Suzuki pada jumaat lepas 31 Disember 2010.dahnya alang-alang cuti 3 hari maka mama pun offer la papa balik kedah...

balik rumah kemas apa2 yang patut dan dalam 11.30 malam gitu kami pun berdezooom balik ke Utara! kezutan tentulah pada Tok Wan & Tok Mah Rayyan. sampai sana dalam jam 4 pagi. Ucu Faizal bagi salam. bila buka pintu alahai girangnya hati Tok Wan bila tgk si Rayyan Ukasyah ada tengah sengih2 bangun tido...hehehhe. happy tak terkira depa berdua. oh ya!seperti biasa kami balik berlima. Pak Lang dan Ucu Faizal Rayyan pun ikut balik sekali.

pagi tu TOks buka kedai jual roti canai je. tengah hari tutup kedai tak meniaga. sebab nya....sebab ada si budak kecik Rayyan Ukasyah ni lah...pandai pulak dia ambik hati Toks. Tok Wan plak suka bawak dia jalan-jalan naik motor la, pegi kedai beli jajan la & main sokmo dengan dia!

Yang bestnya mama boleh lah kuar dating sama papa...Rayyan tinggal di rumah sahaja ya!!!hahahhhaa

Malam New Year kami pergi pusing town Alor Star. singgah jalan2 kat down town. kat cn tak meriah sangat. kat menara pun tak de apa2 event. just ramai orang berkumpul nak tunggu detik 12 tgh malam. kami dok dalam keta aja. Rayyan pulak masuk ja kat keta dah lena!!!sabo jelaaaaa. sampai ke rumah mmg tak sedaq da. tido sampai pagi.....

Ini merupakan tahun kedua aku celebrate New year kat Kedah. Tahun lepas tgh berpantang lepas bersalinkan Rayyan. after cuti new year je papa bawak kami balik KL. So, kiranya ni dua tahun berturut2. tahun depan tak tahu lagi...huhuhu ;-))


btw....Selamat Tahun Baru semua. Semoga Tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Syukur alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk melihat dunia ini lagi :-))



pic nnti dulu...kekurangan mood sedikit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan