Pages

Isnin, 10 Januari 2011

jAtuH

Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia. Kanak-kanak berumur 1 - 4 tahun lebih cenderung untuk sedera akibat jatuh. Mereka lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka. Jatuh boleh berlaku di mana sahaja.

i.Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :

a.Perabot
b.Tangga
c.Beranda
d.'Walker' baby

ii.Di kawasan luar rumah. Contohnya :

a.Di padang permainan.
b.Semasa menggunakan alat-alat permainan.


Kecederaan akibat jatuh

Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti kecederaan :

■Tisu lembut - calar, terseliuh, luka dan melecek.
■Patah - bengkak, sakit dan cacat anggota.
■Kepala - bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
■Organ dalaman.

Kesan Serius Akibat Jatuh

Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan pertumbuhan terbantut. Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.

Rawatan

Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.

■Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat air penahan sakit (paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan kawasan cedera.
■Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari untuk beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan. Balut dengan kain bersih.
■Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk menggantung tulang yang patah pada anggota badan yang atas.
■Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
■Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.

Pencegahan

Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk mencegahnya :

Tangga
■Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
■Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
■Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang tinggi.

Lantai
■Simpan semua permaidani yang dilipat dan barang tidak berselerak di lantai.
■Lapkan lantai basah akibat tumpahan air atau makanan dengan segera bagi mengelakkan lantai licin.

Susunan perabot
■Elakkan meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap.
■Cuci bilik mandi dengan kerap untuk mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi licin.


Kenapa mama Rayyan nak cerita pasal JATUH ni!
Sebenarnya......sedih ooo nak cerita...last week Rayyan jatuh dari kereta KEMBARA mama! dah la time tu dia tgh berdiri kat sit driver main stereng tp entah macamana pulak dia buka kereta dan terjatuh!! masa tu mama tgh kat luar side sblh sana sebab nak  child lock kan pintu kete tp tersilaplah plak menyebabkan pintu langsung tak boleh tutup!!! mama tgh sibuk la gedebak gedebuk cari solution camna nak buat ngan pintu tu!! alih-alih mama tgk Rayyan dah xde kat sit tu & tengok-tengok dia dah jatuh ke bawah!! bayang kan betapa tingginya dia jatuh!!!! bila mama tengok dia tengah telentang sambil menangis. dengan pantasnya mama angkat dia, pujuk2 dia, usap2 kepala dia tengok ada luka tak & tiup ubun2 kepala dia sambil tak lekang berzikir & selawat. Bersyukur sangat Rayyan tak luka & menangis pun skjp aja. Tapi mana kita tau kan...dia baru berumur setahun sebulan. kepala masih lembut lagi....

First step,mama call papa. oh ya! kejadian berlaku pada hari Isnin. papa kerja. mama saja ambil cuti tapi tiba2 boss mama call  minta tolong prepare urgent document nak submit esok. So that, mama terpaksa  pegi ofiz dengan membawa Rayyan skali. Biasanya mama naik keta papa. Memang dah lama mama tak drive keta Kembara ni lebih2 lagi kalau bawa Rayyan. Tapi hari tu ingatkan mama tak nak kuar mana-mana & papa pun drive keta dia..... back to d strory, bila call papa, papa terkezut la inform pasal hal Rayyan jatuh ni ...... & mama minta papa balik sebab nak bawa Rayyan p klinik. Call Dato pulak cakap tak dapat datang office sbb Rayyan jatuh!!!!

Dalam sejam lebih papa sampai rumah. sepanjang tunggu papa tu, hati mama memang tak keruan. Risau sangat2 tapi Rayyan steady je plak!! Main mcm biasa. Bila doktor check, dia kata Rayyan ok, kepala tak de luka & dia advice suruh monitor Rayyan within 24 hours jika dia termuntah, pengsan, pasif or yg seangkatan dengannya kena cepat2 bawa hospital. itu menunjukkan tanda-tanda jatuh itu ada masalah dengan otak.
Mama memang tak tau nak cakap apa lah.....kami baru je seronok2 balik Kedah (pada cuti mengejut tu la...pagi2 buta tadi baru smpai KL) ... alih-alih hari ini terjadi plak benda yg tak diingini berlaku. Kami tak beritahu family pun pasal Rayyan jatuk. tak moh diaorg risau...

Lepas seminggu kejadian baru aku ada kekuatan nak tulis dalam blog ni. Kat facebook pun aku tak bgtau!!Aku tulis harini pun adalah utk remind myself supaya perkara ni tak kan berulang lagi kepada Rayyan dan adik-adiknya nnti. Alhamdulillah Rayyan pun sudah pulih dan aku harap tiada effect in future. Mama Rayyan ni siap request kat papa minta belikan helmet untuk Rayyan. biar Rayyan pakai helmet spjg masa!!kalau jatuh pun tak la risau sgt.... ;-)) kejadian ini berlaku pada 3 January 2011. hadiah New Year Rayyan..uhukkkkkk

Be Strong Rayyan...Mama minta maaf banyak-banyak kat Rayyan. kalaulah menjadi "mama" ini sebagai satu pekerjaan pasti mama ni dah dibuang kerja!!!


Di Hari Kejadian

~SEBELUM~
breakfast!

Main!

Panjat! Usha tempat simpanan mainannya !

Lepas mandi - main  basikal !


Sambung main mainan gak!

Letih main! kacau mama mengemas!
Saja landing kat beg mama tengah kemas baju!


~SELEPAS~

macam ok aja kan! tapi time ni mama risau sangat2.
tunggu papa balik nak pegi klinik.

Bukak baju dia sebab nak check ada tak luka kat anggota badan.
minyak gamat tu sapu kat kepala belakang. ada luka skit aja.
bagi dia layan lagu favourite dia tu!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan