Pages

Khamis, 13 Januari 2011

Dua Hari Selepas Kejadian itu....


Dua hari lepas Rayyan jatuh, iaitu pada hari Rabu malam Rayyan tak sihat....asyik muntah + cirit  ! risau tak???tentulah aku risau sangat-sangat. aku risau ianya kesan dari rasa terJatuh tempohari. Malam tu dia tidur tak lena. tengah tido pun boleh termuntah & cirit. Pagi esoknya aku dah teragak-agak nak pergi kerja or tak...kesian dengan keadaan Rayyan. Aku telefon boss tak dapat masuk ofiz harini. Stanby kat rumah aja. kalau ada urgent task let me know. Aku bawa Rayyan pegi klinik. Doktor said takde apa lah mungkin tersalah makan or susu tak serasi dengan dia. Ianya bukan kesan daripada jatuh. Doktor kata biasalah anak pertama, bila dah dua tiga nanti mesti biasa punya. boleh plak dia kata macam itu! aku ada google kat internet, ada sorang doktor tu kata kalau kanak-kanak di bawah 2 tahun terjatuh daripada tempat tinggi perlu ambil serius dengannya. sebab kepala baby tak kuat dan lembut. kena buat CT Scan. tapi bila doktor klinik ni kata usah risau aku pun dengan keterpaksaan relanya menerima apa yang diperkatakannya itu. Dia bagi ubat angin,muntah,sakit perut dan ubat cirit.

Hari tu aja setiap jam Rayyan akan muntah dan cirit. Dia tak mau makan apa-apa pun. bagi susu pun dia muntah!!Bagi ubat pun munta!!Badan dia terlalu lemah. Asyik baring & tidur ajaaa.. bagi direct breastfeed. Aku mesti kena ada sebelah  dia kalau tidak dia akan merengek....

Keadaan berlanjutan sehingga seminggu.. oh ya! pada besday papa (8 January 2011- entry lain akan dibuat) Rayyan still tak sihat. Added by papa pun tak sihat!Malam besday tu papa pun turut muntah2 & cirit-birit.  papa kata kalau umur nak bertukar angka memang akan demam.iye ker???tengoklah aku bulan Oktober nanti!!!huhuuu. So, pada malam itu, kiri kanan aku adalah pesakit yang memerlukan perhatian...chewah!!!! I'm be a Iron Lady!! bagi makan ubat pun muntah!!!bilik kami dah bau masam. Asyik bertukar ganti cadar saja!last2 papa kata tak payah pasang cadar dulu!tidur alas kain batik aja!!huhuhuu

Bila Rayyan tak sihat ini aku cari lah orang-orang lama yang dah berpengalaman dalam mengendalikan anak-anak tak sihat ini. Mula-mula aku call kakak aku. Petua dia bagi Rayyan minum banyak-banyak air masak+gula skit (sugar as energy) or bagi air glukose.Tanya kakak ipar aku pulak dia kata pun benda yang sama. Dia kata budak2 time umur setahun ni dia nak buang lemak (means nak ringankan badan). Mungkin dia nak pandai bercakap ke ...so, pendek kata dia kata janganlah risau sangat. Bila dah cakap dengan diaorang ringan skit otak aku ni...

Harini Alhamdullilah, Rayyan dah tak cirit time tidur. Muntah pun dah tak. Malam tadi dia makan banyak. Dia dah rindu kot nak duduk makan sendiri kat baby chair dia tu. mula2 join aku makan. dia makan bubur. bila aku dah siap makan dia join plak Pak Lang dia makan mee sup. makan comot teramat sangat tapi kami gembira dengan perkembangan positif dia tu. Go...go...Rayyan...Kembalikan ke bamm bamm mu seperi dulu. Baru comey & puas mama nak cubit pipi Rayyan nanti :-)) kiranya Rayyan tak sihat selama 6 hari.


Time ni agak panas gak badan dia


Kat umah Kakak (maid dia tolong jagakan Rayyan coz Tok Su Rayyan balik Kg Sarawak).
baru mandikan dia sbb dia berak daaa. Still nampak tak larat lagi kan...


Dalam kete...suruh buat senyum....tayang gigi dia la!!!
nampak macam sihat kan...


kat klinik sempat lagi laaa nak nenen mama. Syukur aku masih ada susu lagi.
sepanjang Rayyan tak sihat ni memang dia kuat minum nenen sebab tak mo mamam yang lain! 


weekend, bagi chance dia main air. tapi air hangatla.
dah lama berendam tu aku check tengok air dah bertukar color kuning!
maknanya....Rayyan sudah ter be**k dalam air itu!!!huhuhuu
so, time up Rayyan!
pststtttt: dia rajin gosok gigi tau!! gigi 6 batang aja!!


mama nak pergi work ye sayang..... Rayyan makan ubat tau!
sedey tiap kali dengar dia menangis tatkala mama nak pegi kerja..
petang nanti mama jemput sayang ye...

1 ulasan:

  1. inas pun penah demam 5-6 hari .. masa tu aku memang risau. ye la siapa la yg tak risau. tak kira la anak 1st ke , 2nd ke... apa la doc tu ckp mcm tu....

    BalasPadam