Pages

Rabu, 23 Februari 2011

Rayyan is 15 months now!!

Sekarang ini memang aku tengah busy giler!kerja office melambak-lambak. sampai kan tak tahu mana satu nak buat!belum siap yg lama yang baru plak sampai!dugaan betul!tapi...hati aku terubat bila dapat ber blog. Walaupun hanya nukilan untuk diri sendiri tapi puas hati dapat hilangkan stress daku. Aku seronok tgk blog orang lain. lawat blog orang ni macam la juga kita tengok drama kat tv. tapi cerita kat blog lagi best sebab cerita tu betul-betul berlaku macam kat tv tu yang sokmo berlakon aja!semua stereotype aja... bila dah melawat blog orang lain, akibatnya blog sendiri pun bersawang!!!uhuhu....tak boleh jadi ni!

Jadinya kali ni nak cerita perkembangan my lil' hero Muhammad Rayyan Ukasyah. Semalam Rayyan pergi appoinment check up 15 months. berat terkini 11.1 kg. Alhamdulillah kira ok lah tu kan. Sebab masa dia demam last month memang berat dia drop giler!padahal baru seminggu je tak lalu makan tu. kalu lah aku yang tak lalu makan kan best!!bleh aku kurus!!huhuhuhu.

Sementelaah umurnya yang dah menjangkau 1 tahun 3 bulan ini perkembangan Rayyan amat memberangsangkan. bukan sahaja dari segi fizikal malahan mentalnya juga: check it out! :-

1. sebab masa usianya 10 bulan dah pandai berjalan makanya sekarang dia dah terlalu advance berjalan dan berlari sendiri. tak mo pegang tangan mama & papa!letih wooo kejar itu budak!lagi-lagi kalau kat shopping mall. bila kita nak dukung alamatlah meraung semua orang bikin terkezut! tapi kan.... kalau dia letih pandai pulak tu mintak dukung!
2. bila dah belikan kereta control tu bukan dia mahu naik sangat. kereta tu dok kat parking aja! sama nasib macam motor & basikal dia tu!!tapi bagus gak sekarang bila lalu kedai mainan dia dah tak nangis2 lagi sebab kat rumah dah ada. beruntung lah dapat papa yang baik hati.
3. pasal makan pula Rayyan memang tak cerewet. dia akan makan apa aja yg mama masak@ beli... kami semakin membesar bersama~lalalallala. Protokol dia semasa makan masih diteruskan. nak duduk dalam baby chair berjam-jam. jenuh lah mama teman makan. sebabtu lah mama pun bamm bammm...kuang3x
4. pasal susu plak....sob...sob... mama kan dah tak pump susu since Rayyan umur setahun. makanya time siang Rayyan minum Dumex Dugro & time malam minum susu cap gantung! tapi nya mama skrg dah terlebih rajin!mama dah rajin bangun tiap malam bancuh susu! dalam hati bebenornya sedey sbb susu mama dah makin berkurang sbb Rayyan dah tak selalu breastfeed. Syukurlah Rayyan kadang kala tak mahu minum susu botol &nak isap nenen mama. Thanks sebab ingatkan mama akan tanggungjawab mama yang semakin lama mama ter alpa.
5.pasal tido plak!kata Tok Su, Rayyan dah banyak main waktu siang. dah kurang tidur. maklumlah ada geng main. Abg Kimi walaupun bulan depan genap 2 tahun tapi dia comey slim aja!Rayyan ni plak kaki buli. bila dua-dua gaduh...dua-dua menangis!!hahhaaa...padan muka!tapi Tok Su la yang jadi mangsa kena pujuk dua orang budak bertuah itu!. bila siang dah kurang tido jadinya malam harinya sangat nyenyak dia tidur. pagi pun susah nak bangun. papa hangkut aja masuk dalam kereta. nak ucap thanks juga kat Rayyan sebab bagi mama& papa tidur lena dibuai mimpi indah tanpa tangisan mu di tengah malam... :p
6.Rayyan dah pandai cakap...tapi bahasa jemen dia la. mama buat2 paham aja bila dia bercerita. dah nya mama pun satu. tanya banyak soalan sgt. Rayyan buat apa kat rumah Tok Su tadi? Rayyan makan apa? Rayyan nakal tak? Rayyan tidur? Rayyan..bla..bla...bla... Soalan bertalu-talu macam paparazzi...jadinya Rayyan pun jawabla....nyannnye...nyanyee...oooo...aouuuuuuu.... mama pun jawab ...ooooo iye ke.... okkeeee...ooo...kkkkkk.oooo
7.dalam keta seperti biasa dah takmo duduk kat car seat. duduklah kamu macam orang dewasa ye! skali papa break mulalah gelabah tergolek kiri kanan.
8. banyak lagi nak cerita tapi terblank la plak...nanti bila ingat aku tambah lagi ek..

 Clinic check up ~ pandang kiri kanan...akhirnya berjaya usha tiger biscut bdk pompuan itu!
makan sama-sama.bila dah abis Rayyan lari tempat lain!hahahha
bila letih..apa lagi isi tangki la


 Hero Mama
~ Sila abaikan muka mak pak budak ini yang selebet pulang dari menoreh~
Rayyan sorang aja yang wangi dah mandi!huh













Tiada ulasan:

Catat Ulasan