Pages

Isnin, 24 Januari 2011

Our 2nd years anniversary

1st anniversary


Tanggal 24th January 2009, kami selamat diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri yang sah. Syukur Alhamdullilah Allah menentukan jodoh kami untuk hidup bersama. Dan pada tahun in genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami.


           Syg ingat lagi pada tarikh 5 Julai 2008, abg sms syg tanya khabar…time tu abg kata abg tengah basuh kereta kat rumah abg Di di Dengkil. Abg tak join diorg pergi jalan-jalan. Abg kat umah aja dengan Abah. Tapi kan…lepas tu agak lain macam pulak sms abg…tak seperti biasa….
          Ya Allah!!. Abg propose ajak syg kawin! Ingatkan abg ajak main-main. Mana taknyer bercouple pun tidak. Keluar sama-sama pun jarang sekali. Ini terus nak ajak kawin!!Biar betul!!Tapi kan abg kata hal nak kawin ni mana boleh buat main-main. Abg kata abg dah bersedia untuk berumahtangga. Syg pun terkedu…..tak tau nak jawab apa.Ermmm… adalah dalam dua jam gitu syg tak reply sms abg. Bergetar satu badan nak pikir….abg pun siap sms tanya nape syg senyap..ye lah bang oii!!!hal ni berat tau!nak tentukan hidup masa depan.dari hidup sorang nak jadi hidup berdua lepas tu bertiga dan seterusnya..Akan 100% mengubah kehidupan sekarang….syg mcm terasa diawang-awangan aja..
               Finally….syg dengan seikhlas hati menerima lamaran abg…pewitttttttt…mesti lah terima kan…dah nya memang dari dulu lagi hati ini khas untuk abg sorang aje. Dah lama syg admire abg tau!(alamak terpecah rahsiaku!!huhuhu)…Kita kenal each other since year 1999. Kiranya 10 tahun la usia perkenalan kita. Tapi takat kenal gitu2 aja. But honourly kali pertama syg nampak abg kat kolej masa MHS, syg ada rasa lain macam skit…tiap kali jumpa abg akan bergetarlah hati ini jadi tak keruan.Cuti semester yang pertama skli tu kita kolej ada buat trip ke Kelantan & KL. Syg join..abg pun sama.. Syg masih ingat sbb syg asyik perhatikan abg je…tak taulah abg ingat lagi tak!!huhuhu =) Sebab tu la sejak dari trip tu syg banyak mengelak dari abg tapi nak buat camna kan makin nak mengelak makin banyak la pulak aktiviti kolej kita sama-sama join!. Dah jodoh kan…hehehhehe
             Back tu day abg propose syg…malam tu cousin sebelah rumah ajak syg join diaorang pergi Genting Highland pagi esoknya. Syg pun join mereka sebab kat sana dpt menghilangkan keperanjatan diri ini selepas menerima lamaran abg itu!!...Semua games syg main. Sebab masih tak percaya akan kejadian yang telah berlaku ini…..Akhirnya syg bersedia untuk menerima segala-galanya dan percaya bahawa jodoh syg adalah bersama abg. Bahawasanya Allah telah menetapkan takdir ke atas setiap makhluknya.
            Sebulan kemudian, abg bawa family masuk meminang dan setuju akan langsungkan majlis sebelum Abg Di & family bertolak ke New Zealand bulan Febuari tahun depan. Kiranya tak sampai pun lima bulan kita perlu buat segala preparation untuk kahwin. Semuanya berjalan dengan lancar sebab seperti yang semua orang pun sedia maklum, abang merupakan event manager yang paling cekap dan pantas. Segala-galanya tersusun dan on-time. Walaupun masing-masing sibuk bekerja tetapi kita tetap sama-sama bahagikan masa untuk memastikan Majlis tersebut berlangsung seperti yang diharapkan. Alhamdullilah pada petang 24 Januari 2009 kita selamat menajdi sepasang suami isteri. Keesokan harinya pula, Majlis persandingan di rumah syg dan Majlis bertandang di kampung abg pula menyusul seminggu selepas itu. Momen ini amat terindah dan tidak akan dilupakan oleh syg sampai bila2.


Hidup bersama abg memang perkara yang amat membahagiakan syg. Abg seorang suami yang tabah dan sabar melayan karenah syg…..Syg amat gembira dan bertambah gembira lagi dengan lahirnya permata hati kita Muhammad Rayyan Ukasyah tepat jam 5.37 petang pada 21 November 2009. Alhamdulillah Allah memberikan zuriat sebagai pengikat kasih sayang kita bersama . Bukti cinta Syg kepada Abg. Moga anak kita menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Abang, bukan wang ringgit dan kekayaan harta benda yang Sayang inginkan
Cukuplah sekadar kasih sayang dan perhatian daripada mu
Mungkin diri ni bukan seorang isteri yang sempurna buat mu
Tapi berilah masa untuk diri ni berusaha menjadi isteri terhebat buat mu
Hanya satu permintaan ku…
Semoga perkahwinan kita kekal buat selamanya
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE 2 TAHUN
Perjalanan kita masih jauh
Semoga Allah memberkati hidup kita sekeluarga….
I Love You So Much
Thanks to being my Husband and Papa to Rayyan


Ku ingin genggam tanganmu selamanya....


~ The End~








1 ulasan: