Pages

Jumaat, 25 Februari 2011

Welcome back my princess!!

Sabtu lepas kakak-kakak sepupu Rayyan balik dari New Zealand. Dua tahun diaorang duduk sana sebab ikut ayah diaorang sambung belajar. Mereka sekeluarga pergi ke sana dua minggu lepas mama & papa Rayyan berkahwin. Maknanya masa tu Rayyan tak wujud lagi. Tak sempat buat lagi!!hehhehehe

Dua orang kakak sepupu Rayyan ni adalah anak kepada Pak Long Di (abang sulung papa Rayyan) dan Mak Long Dibah. Kalau belah papa memang dua orang ni aja lah sepupu Rayyan tapi kalau belah mama, Rayyan dah ada 27 orang sepupu-sepapat & production still active tau!huhuhu. Kakak Farah Rahimah (6 tahun) dan Sarah Safiyyah (5 tahun) amat sayang dengan Rayyan. kat sana diaorang dah pergi skul jadinya cakap omputih aja memanjang. terpaksalah tok-tok depa buka kamus lepas ni!


main playground depan rumah kakak-kakak Rayyan di Dengkil
kak Farah & Sarah (pegang 3 handbag lagi tu!dari dlm fligt lg tak mau lepas)
~ mak datin sungguh kakak sorang ni!~


Lepas ni Rayyan boleh lah selalu lepak rumah kakak. yahooooo.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan