Pages

Jumaat, 25 Februari 2011

Pindah Kerja - Tahniah Papa

Pindah Kerja bukan Tukar Kerja tau !
Minggu lepas papa dah mula kerja di pejabat barunya kat Pekeliling
Papa dipindahkan balik ke JKR setelah 3 tahun di KPKK.
Alhamdulillah rezekinya dah dapat naik setakuk lagi.
Lega sebab dapat di KL juga .kalau kena posting ke luar daerah haru juga kami jadinya.

So, rutin harian kami still sama. pergi kerja sama-sama...balik sama-sama
Lepas hantar Rayyan di Desa Pandan,
Papa hantar mama pula di Jalan Raja Chulan
Then papa berdezooooom ke Pekeliling pula
Kiranya kena lajak skitlah dari pejabat papa sebelum ni di Maju Junction.
Kalau papa nak mama datang pejabatnya, just mama naik je Monorail ke Titiwangsa
sebelum ni mama turun kat Medan Tuanku. senang je kan
Yang penting we still together gether...kalau papa pergi out-station je mama kena drive sendiri...

Dikesempatan ini, mama nak ucapkan tahniah pada papa kerana papa dapat naik pangkat subset to naik gaji...huhuhu. Mama & Rayyan tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian papa. Moga papa terus sukses dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. "Saya Yang Menurut Perintah". Moga satu hari nanti mama akan jadi mak datin...hehhehee
Bagi masa untuk papa sesuaikan diri dengan persekitaran yang baru ini walaupun papa masih bersedih dan teringat pada pejabat lama. Insyaallah lama kelamaan nanti papa pasti akan gembira berada di tempat baru. 

pssstttt: :semalam papa dapat outstanding elaun menanggung kerja dia selama 6 bulan kat opiz lama.... macam best je.....nak pau skit bleh...hehehhehe

 tengoklah betapa berdedikasinya papa Rayyan. sambil drive pun masih boleh layan orang telepon!!
tolong jangan saman dia ek.... 
(2 kesalahan: tepon sambil anak pun ada sama2 drive keta! mohon ampun ya pak polisi....)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan