Pages

Selasa, 24 Mei 2011

Part 5 ~ Majlis Aqiqah ++ Berendoi Rayyan

sambung lagi pasal kenduri kawin di Kedah. kali ni pasal Majlis Rayyan pula.
Majlis  ni diadakan lepas Magrib pada hari yang sama. Aa serba ringkas sahaja. jemput orang marhaban. tapi kan...dahnya Rayyan sudah berumur setahun setengah.. mama rasa budak2 sebaya dia mesti takmo naik endoi punya lah. lain la kalau dia nak tidur kan..ni bila dia tengok endoi tu lain macam je dia dah mula tak selesa. apatah lagi nak masuk endoi tu! Berendoi ni  sebenarnya hasrat Tok dia yang nak sangat tengok rayyan berendoi.

dapatlah sekejap umpan dia senyap dok dlm endoi dengan bagi dia main kamera. dan dapatlah buat syarat kedua-dua Atok Nenek & Tok Wan endoi dia. pastu banyaknya dia duduk kat atas pelamin!!sabo jel laa...

oh ya!pagi tu kami pergi tengok kambing tu disembelih. kita kan memang digalakkan untuk melihat upacara penyembelihan itu...melihat darah haiwan yang disembelih itu sambil berdoa semoga anak ini suci bersih daripada segalanya. Kami aqiqah sekor ja dulu sebab lagi sekor planning nak buat kat Sijangkang pulak

Kambing biri2 pilihan hati

dengan Kakak Farah yang setia temani Rayyan

Kakak suka dukung Rayyan

dengan mama plak!!huhuhu

Kambing tengah disembelih. Pakcik ni sorang2 je buat kerja.
kalau sembelih lembu pun sama. hebat kan!!

Darah yang mengalir.....

sesi melapah kulit pula...

yeayyy...hampir siap

dalam setengah jam je dah selesai semuanya...

umpan bagi main kamera!!nasib tak terdelete semua pics dlm tu!fuhh...lega

Tok Wan & Tok Mah endoi Rayyan

mama & papa endoi Rayyan (abaikan badan ku yg gomok itu!)

Atok & nenek endoi Rayyan

papa layan dia dok atas pelamin

kipas nak oiii kipas....

kambing telah dipanggang :)
capati pun ada. selain tu ada gak ayam, ikan & daging panggang.
lauk pauk siang tadi pun ada lagi

Rayyan takmo bergambar dengan mama la... :(

ameennn... sebelah kanan papa yang pakai kemeja hitam tu sedara dia.
mai special from India Tok Wan papa asal dari sana)

alamak jatuh saham si Rayyan ni!asyik nak berkepit plak dengan bantal + puting dia tu!
sampaikan Humaira' pun takmo dekat dengan dia!padan muka!hahahaha

Majlis berakhir dalam jam 9.30pm. Rayyan kena rushing tukar uniform lain plak untuk majlis potong kek Pak Lang :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan