Pages

Friday, September 30, 2011

dah berpuluh2 kali datang tapi tak pernah pun tau kewujudan nya!!!

aku ni.........sedari anak dara lagi(fuyooo...anak dara tuuu) kat sini lah tempat aku nak membuangkan masa aku yang terlebih2 tu.maklumkah orang takde boypren. Jalan sorang2 ja…tengok wayang pun sorang-sorang ja…jadinya asal tak buat ape2 je atau kalau kaki ni gatai nak jalan2 tempat ni la yang selalu aku tuju. sebabnya tempat ni adalah tempat yang paling dekat dengan rumah aku dan tempat yang macam2 adaaa.... banyak gak aku melabur kat sini.....pendek kata duit aku banyak abis kat sini la!!huhuhu..
Apa tempat tu???tak lain tak bukan adalah Pusat membeli dan membelah MIDVALLEY…aku kalau datang midvalley ni mesti parking kat side G..ala kan parking kat sana ada banyak side A B C D E F G H. kalau parking kat G tu terus2 sampai kat belah panggung wayang. Kalau orang yang tak biasa datang Midvalley ni mesti akan sesat. So, kalau parking keta tu kena la hafal kita parking kat level apa…side apa. Ala sekarang kan ada handphone. Just snap ja tiang parking tu!! (dolu2 pun aku buat benda ni!!) huhuhu.. tapi sekarang dah expert maa.. kena hapal kita dok kat North, South, East, West or Centre.

Untuk dipendekkan cerita, hari selasa lepas (270911) aku bawaklah Rayyan jalan2 ke sini. Sian dia asyik terperap main dalam rumah ja (padahal mama nya yang lebih2 nak jalan!!huhuhu). dalam kepala ni banyak option tempat nak pergi…either Alamanda, KLCC, One Utama, Zoo Negara or Ikea/Ikano. Tapi bila dah masuk keta nak drive macam malas plak nak pikir…jadinya tempat yang tak payah pikir adalah Midvalley. Kat sini nak lah bawak Rayyan tengok Pets kat World Pet.. bukan nak beli pun…takat nak bawak Rayyan kenal real pets. So, dengan semangatnya terus lah kami ke tempat yang nak dituju..tapi malangnya tutup lah plak. diorang buat stock-take harini !!!sa bo je la…buntu sekejap fikiranku! Jadinya layanlah Rayyan main game keta…ermmm tak masuk token pun!! Then bila lalu kat food court tu dari kejauhan macam nampak kat ujung tu ada tempat menarik untuk kids. Aku memang tau ada Celebrity Fitness kat situ..tapi yang sebelah nya memang selama ni aku tak ambil pot!! Bila tengok macam best ja… disebabkan weekday tak ramai lah orang kat sini.apa tempat itu??? taraaa......... Megakidz !! yes! nama pun ada kid...mesti utk budak2 Kan! Megakidz ni adalah indoor playground untuk budak-budak. Learning,Playing & Interactive Centre for Kids.Kalau parents yang nak shopping & tinggalkan anak kat sini pun boleh gak. Kalau weekend ada kelas music, dancing, etc. cinema pun ada tau!. Kalau nak celebrate besday anak kat cn pun bleh gak!

Tanpa buang masa aku pun register untuk Rayyan. Bayaran kena RM11 sbb Rayyan below 2 yrs. 2 yrs ke atas harga lain plak. RM14 kot tak salah. Kalau weekend mahal skit. Bleh main seberapa lama yang kita nak. Parents/guardian pun bleh join sama. Free aja. Kena pakai stoking tau!aku yang tak bawak ni terpaksalah beli. RM5.90. mcm stoken keja papa la plak!tak comel langsung. Nak beli kat luar malas nak jalan!!!layan je laaa. Bagi tag nama lekat kat baju. Gelang tangan pun kena pakai. Aku pakai kat pergelangan tangan.Rayyan takmo pakai.lakat kat belakang baju dia jaaa.

Rayyan la ni asyik sebut mama.....mama....
erm...nice kan...bila anak dah pandai sebut mama
nak marah pun tak jadi...

Kalau kids umur 3 tahun ke atas mesti syok main kat sini. Sebabnya gelongsong tu tinggi2 belaka. Kat situ memang ada tempat main khas untuk toddler tapinya Rayyan ni faham2 je laa. Lagak macam orang besaq! Jadinya…aku yang bertindak sebagai SUPERMAK ni pun terpaksa lah bawak dia panjat2 untuk naik gelongsor tu…dapat gak aku tumpang sekaki!!!huhuhu..tapi memangnya letih ooo..ruang nak panjat tu dah la kecik aja…aku yang debab ni pulak nak masuk nasiblaaa muat…berpeluh2 jugak aku dibuatnya. Kami main tak lama dalam sejam lebih ja. Agak boring sebab tak ramai orang..Rayyan cepat boring takde kawan nak main sama-sama…main rebut-rebut…

toddler area..

tengoklah lobang nak masuk yu kecik kan!sakit satu badan mama melayan budak kecik ni main!

Oh ya!dalam Megakidz tu ada cafĂ©. Rayyan memang bawak bekal air tapi dia nampak peti ice cream. Dah abis satu tak cukup plak!!nak lagi!dia ingat ni rumah dia kot.nak tambah suke2 hati ja… tapi mana lah mama sampai hati kan…kesian kat anak…pergi lah jugak beli ice cream kat Mc D yang depan wayang tu. Terus beli dua..mama satu Rayyan satu!!hahahaha

as kim

Balik dari Midvalley singgah rumah Tok Su Rayyan. Almost 2 weeks tak antar Rayyan sebab mama kan tak kerja lagi!! Saja singgah & bagi duit upah mengasuh. Start next week Rayyan dah kena tinggal rumah Tok Su balik sebab mama dah start kerja.. huarrrrggghhh… balik tu dalam keta Rayyan dah zzzzzzzzzz. Dukung masuk rumah pun still zzzzzzzz sampai lah ke malam.

Ok tu aja cerita untuk kali ini. Bila dah ada anak ni memang aku ambil berat pasal tempat2 menarik yang anak-anak boleh main kat shopping complex. Contohnya kalau kat Jusco memang ada playground untuk kanak-kanak. Bila anak-anak gembira kita sebagai parents berlipat kali gembiranya. Takdelah mamanya syok shopping tapi anaknya meronta-ronta nak balik!! :)

1 comment:

  1. amboi rayyan... kemain bantai eskrem! geget kang!

    ReplyDelete