Pages

Khamis, 29 September 2011

pish..oooooooooo...pish!!!sambil lompat kegirangan!!!

pish.........ma..........pish............akibatnya smpai nak masuk tengahari ni pun budak kegirangan tu tak bangkit tido!!!dok mimpi jumpa pish (fish) semalam la tu! alkisahnya, kami takde la plan nak pegi Akuaria kat KLCC tu. tengah aku dok ralit masak untuk lunch sambil tertoleh2 nengok gosip2 retiskat Melodi tu... suddenly Kakak Farah si Rayyan ni call bagi tau nak pergi Akuaria. Depa ni dah selalu sangat pergi. Rayyan pulak termasuk Mak Paknya sekali pun tak pernah masuk sana. Makanya dengan sepantas kilat kami makanlah apa yang aku masak.simple dimple ja....meatball sup+ikan masin+ikan goreng..kira ok lah....... tak jadi nak masak lauk pauk yang lain. masuk balik dalam freezer!!

Dalam Jam 3.45 petang kami sampai ke sana. kami suka parking kat Carpark sebelah Masjid As-Syakirin tu. nak masuk KLCC bleh lalu taman..snap-snap gambo yang berapa tak jadi!sentap hati mak n gado ala2 manja ngan papa sebab dia tak semangat nak ambil gambar kami..alamatnya mama sentap ngan dia sampai dalam akuaria tu la...

Malas nak cerita sentaphatimak tu! mari cerita pasal Rayyan Ukasyah!bila dia jumpa kakak farah & kakak sarah, mulalah dia melompat riang.sronok jumpa kakak-kakak dia tu!berjalanlah budak 3 orang tanpa mempedulikan kami!!sabo je laaa... tiket masuk RM35 for adult yg ada I/C dan RM25 for kids. kecik macam Rayyan free je! jam 4.30pm time Pirana feeding. tapinya orang terlalu ramai...aku yang rendah kat belakang ni tak nampak ape pong!!

dalam Akuaria tu bleh tangkap gambar tapi no flash please!!aku tangkap guna bb kopak ja!jadinya kelam sbbnya tempat tu kan gelap! pada aku kira ok lah akuaria ni untuk budak2. macam Rayyan ni tak berapa pandai sangat lagi.excitednya sekejap ja!banyaknya main lari-lari ja!!!!

dalam kol 5 lebih kami dah kuar. souviner pun aku tak beli.tapi Pak Long Rayyan ada beli lah gambr yang photographer Akuaria ambil kat main entrance tu.satu set RM35. kat dalam pun depa ada ambil jugak.rege sama RM35.Balik lepak kat food court minum2 ja.

Dalam kereta Rayyan dah kepenatan. tido dengan lenanya. singgah NSK kat Kuchai Lama sebab stok ikan ayam dah abis. Baringkan Rayyan kat troli memang lena nya dia sepanjang kami shopping. langsung dia tak sedar!kena guna 2 troli satu usung Rayyan satu lagi usung barang!!! konon nak beli ikan ayam jaa tapi TER beli penuh troli jugak!!!!!sori papa yang tukang bayar....

Apepun best gak aktiviti harini yang sememngnya un-plan pun! Rayyan happy...mak paknya pun happy!!!!!! walaupun ada sentaphatimaksikit tadi!!!huhuhuu.

pstttttttttt: Next plan: Pak Long nak ajak pegi Zooo plak!! Mak Long kata kena pegi awal sebelum dia pregnant nnti...apakah.....~Mak Long Rayyan dah bagi hint tu!!!hihihii



Himpunan gambar secara pukal... malas nak upload seketul-seketul. takut berukband ni selalu bengong!!

tengok pics ni...Rayyan sentiasa berpimpinan tangan ngan kak sarah dia!! tekmo renggang.
ada gak papa as tourist guide..hehehe
pic last tu Rayyan ngn Long Di. main sponsor for this trip..tqqq
###sory pics memang kelam & gelap sebab dilarang guna flash...lagipun aku guna bb phone ja!!
orang lain berkepit ngan DSLR...ermmm

contoh spesis hidupan laut...macam2 nama saintifiknya....
susah den nak sebut! ikut ja bak kata Rayyan
pishhhhh

tiga bersaudara...dari kiri: Kak Farah (6 yrs old), Kak Sarah (5 yrs old), Rayyan (2 yrs old)..
moga2 next year akan bertambah korum mereka ini...AMin... :))

muka kami yang capek but happy !!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan