Pages

Isnin, 28 Mei 2012

Perubahan diri

Bila dah tahu diri pregnant, pelbagai perubahan aku dapat kesan dalam diri dan kehidupan seharian. Waktu pagi kat office masih steady lagi. masih cool lagi. everything under control...bila jam 11 pagi perut berdangdut mau di isi. nasiblah depan office ada medan selera. jam 9 pagi pun dah boleh beli nasi campur. So, biasanya jam 11 lebih tu aku dah pegi tapau nasik!sedap tau!!lauk semua panas-panas. buat masa ni selera aku hanya pada ikan dan sayur je. kalau tengok ayam mau muntah aku dibuatnya.

Ok, bila ada kerja macam biasa lah, tak perasan masa bergerak. tengok2 dah pukul 5.30ptg. berdezup aku hidup kan enjin keta nak balik. tapi, Ya Rabbi, kalau tak de kerja tu, rasa lambatnya masa berlalu, macam harini...alahai azabnye la nak tunggu jam 5.30 ptg. Rutin biasa, jemput Rayyan kat rumah TokSu dia kat Kg Pandan, then jemput pula papa dia kat stesen chan sow lin. sampai sini boleh lah passing stereng dan aku dengan segala hormatnya duduk belakang tido... (bebenornyer si Rayyan ni tak bagi aku dok sblh papa nyer... dia suruh aku duduk belakang!!sabo je laaa) tapi kira ok gak. dok belakang aku pun zzzzzzzzzz. Then singgahlah mana-mana tempat untuk makan malam. papa basanya ikut je mana tempat yang aku teringin nak makan. kalau takde teringin apa2, papa berhenti ja kat mana2 atau kami order je makanan kat apartment kami. Sampai rumah kalau rajin terus mandi, tapi biasanya tak rajin...layanlah cerita kol 7 tu sampai lah kol 8. baru mandi dan solat...alamak!!lewatnyer aku solat!kantoi suda.... pas siap solat tu, aku pun pergi bilik tengah dan zzzzzzzz. memang sekarang ni kalau nak rest suka duduk bilik tengah. macam senang je terlena. bila terjaga baru masuk bilik kami. Bila kat rumah, tugas menjaga Rayyan semuanya diambil alih oleh papa. dia la yang dok rajin layan rayyan main & tengok tv. sian papa....sambil buat asignment sambil jaga rayyan. aku memang totally flat. kalau tersilap makan waktu siang tu... habislah aku muntahkan balik makanan tu. sampai sakit tekak ni tau!kalau tak cukup tidur plak, sampai office memang aku mengantuk tahap gaban. menguap ja kerja nya...

nak elak daripada rasa mual sepanjang masa, aku makan benda-benda yang masam. asam orange peel menjadi peneman aku disepanjang masa. kalau tidak perut ni rasa tak sedap je...rasa lapar tu memang setiap masa lah. dah la kerja aku duduk ngadap komputer. lagi lah rasa lapar.......tak kuar peluh langsung. banyak stok makanan dalam laci ni! :)) alamat lah berat makin bertambah dan bertambah. harap2 lah dipermudahkan tak kena sebarang penyakit macam kencing manis @ darah tinggi @ diabetic. risaulah pulak kalau2 terkena. minta2 lah dijauhkan...Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan