Pages

Selasa, 22 Mei 2012

RUMAH OH RUMAH

Pencarian untuk membeli rumah memang sentiasa berterusan. lebih-lebih lagi papa yang serius mencari rumah untuk kami sekeluarga. papa kata dah hampir 4 tahun kami menyewa. untung owner rumah tu. rugi penyewa rumah tu huhuhu..tiap bulan kuar duit papa bayar sewa. aku tolong kira dan hulur duit tu pada owner je! ;)) Mula-mula ingat nak duduk kat kuarter Purtajaya. tapi macam jauh lah plak nak ulang alik KL-Putrajaya. so, kami menyewa lah kat Sungai Besi. Start menyewa sebulan sebelum kami nikah. tapi kami tak delah duduk sama lagi! karang kawen free la plak!!papa n da geng start mengecat, n beli perabot yang basic. lepas je habis majlis resepsi kat Kedah kami balik KL & terus ke rumah sewa terchenta kami ni. rumah di mana terhasilnya rayyan...opphhh!!terlebih suda..

Alhamdulillah, last year papa ada beli tanah lot banglo kat Hulu Langat. tapi still dalam proses pecah geran. Insyaallah kalau everything come smooth hujung  tahun ni kami dapat geran tu. but the same time, kami kena gak cari second option dalam pencarian rumah ni. Maklumlah, lepas dapat geran nanti, still take time untuk urusan nak cari kontraktor, designer dan kelulusan yang macam2 tu lah. then nak tunggu lah juga jiran-jiran tanah tu buat rumah. tak mo la nanti rumah kami je sebijik yang terpacak kat situ. Jadinya kami terus kan pencarian mencari rumah ku syurgaku itu... kalau dah de rumah ni, boleh lah kami delay dulu buat rumah kat tanah tu...tunggu papa naik pangkat lagi dan lagi...boleh dapat besar lagi portion buat loan gomen ni. Insyaallah. moga dipermudahkan segala urusan kami.

Kami pernah try nak beli rumah bank lelong kat apartment yang aku duduk sekarang. bukan main lah semangat dah buat banker cek. aku ni siap dah tercongok kat tempat lelong tu. alih-alih last minit owner rumah dapat settlekan outstanding loan ngan bank. frust gak time tu! last week plak papa ada tengok iklan kat mudah.com. ajen tu kata orang yang nak beli rumah ni loannya tak approve, tapi tengah try pulak guna loan wife ye. so, kiranya kami berstatus waiting list la & harap agar loan depa tak approve! jahat kan kami!tapi doa kami tak dimakbulkan pun...papa siap termimpi2 lagi!!sian papa.

tapi Alhamdulilah, rupa-rupanya Allah masih syg pada kami. Allah ingin berikan yang lebih baik pada kami. disebabkan papa dah berkenan dengan lokasi rumah yang tak dapat tadi, papa pun men google balik mudah.com. dapat tempat yang sama, tingkat yang sama dan yang bestnyer end-lot & extra saiz lagi. set appoinment nak tengok rumah ari ahad tapi papa kata firasat dia macam tak sedap hati je. call balik ejen tu kata hari sabtu ada org nak buat apoinment dgn dia.papa apa lagi takut pisang berbelah banyak kali, papa pun awal kan appoinment ke hari jumaat. kami berdezup p jumpa agen. tengok rumah terus jatuh hati. memang basic unit, owner tak pernah duduk pun walaupun dah 5 tahun. wirering semua xde lagi. pas setuju kami pun buat banker cek bayar 3 %. la ni tgh tunggu SnP agreement n bayar 7%. Lepas settle loan, kami boleh lah pindah ke rumah itu! moga semuanya dipermudahkan. walaupun rumah tu tak besar mana tapi kira oklah untuk kehidupan keluarga kami yang kecil ni. mama memang dah bgtau kat papa, walaupun rumah tak de tanah tapi ada balkony pun dah cukup memadai untuk mama buat mini gardening!! (angan-angan tu!!huhuhu). balcony mengadap pool plak tu. memang syiokk la..boleh skodeng!!hahahha.

Nnti aku updated pasal rumah ni. harap2 semuanya menjadi. and salah satu impian kami untuk tahun ini akan termakbul. Amin.... Rezeki anak bak kata papa.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan