Pages

Rabu, 26 Disember 2012

Pergimu tiada pengganti

Seperti biasa aku tau yang belog ini susah berabuk. memang banyak benda nak dicoretkan tapi se akan takde mood. walaupun dah  terlewat nnti bila ada masa, aku nak cerita pasal bebeday to you my hero Muhammad Rayyan Ukasyah yang dah turn on 3 years pada 21 November yang lalu. tapi harini aku nak luahkan perasaanku yang masih lagi sedih mengenangkan perginya kakak ipar sulungku mengadap Ilahi buat selama-lamanya meninggalkan abangku dan 8 orang zuriat mereka.

Perkara ni sama sekali tidak diduga. kali terakhir aku jumpa dia pada 11 November yang lepas. agak terkilan juga sebab lepas tu aku tak balik kampung. beita mengejut ni aku terima pada jam 9.10 pagi waktu aku baru je sampai pejabat. (hari sabtu 22 Disember 2012). Abang sulungku ini yang aku bahasakan sebagai Long call aku pagi tu. sampai opiz aku tengok hp ada miss call dr number rumah dia. waktu tgh driving kot dia call aku. so, aku assume maybe dia saja ja call then aku nak return call bila nak p breakfast sat gi. tup2 dia call aku and mention yang Kak Nor (kaka ipar) aku dah takde. aku yang tengah confuse ni pun tanya lagi... Kak Nor mana Long...dia reply "Kak Nor Long laaa" waktu tu aku dah blurr...memang tak percaya sgt2. sampai aku tanya...macaman boleh jadi camtu..just dia reply...sesak nafas...so, tanpa berlengah aku berdezup balik rumah nak pick up hubby& Rayyan. try call hubby xdpt2. sambil tu call kakak n adik-beradik aku yang lain. Bukan apa, aku nak puaskan hati ini yang seakan tak percaya akan berita yang aku terima sebentar tadi. try2 call memang xdpt nak cakap aku tak bayar bil, semalam baru je aku online bayar siap berlebih lagi...........kebetulan, rupanya memang line Celcom ada problem since malam tadi. adik-beradik aku memang semua guna line Celcom sebab Long keja telekom & kami semua guna pakej dia. at last, dapat gak aku call hubby aku (maybe sbb dia guna Maxis kot!!). aku minta dia terus siap n sat lagi aku balik...dia pun terkezut sangat dengar berita ni. aku menangis sepanjang perjalanan....

sampai rumah try lagi call abg2 aku still xdpt. tup2 kakak ipar aku Kak Wati call aku (dia guna Maxis). dia pun tanya aku betul ke berita tu sbb suami dia a.k.a abg aku call dia. rupanya kaka ipar aku ni dengan sorang anak dia ada kat Kedah (balikkampung dia). baru sampai semalam. Ang aku dgn anak0anak yang lain tak ikut. so, kira macam bila dah ada orang yang dapat berita yang sama, makanya memang sahlah berita tu sahih. lagi laaaa aku sedih sangat.

Rumah Long kira selang 2 buah rumah dengan bapak aku. kiranya perjalanan dr rumah kami ke Sijangkang dalam 30 minit lalu Kesas Highway. pendekkan cerita smpai dlm kol 11 pagi. orang dah ramai membanjiri rumah Long. terus salam sedara mara semua and aku masuk bilik dulu menangis sepuas2nya. lepas dapat sedikit kekuatan, aku kedepan tengok jenazah. damainya arwah semudah pemergiannya. polis sampai dan minta bawa pergi post-mortem. jenazah di bawa ke hospital Banting. dapat turn dlm kol 2 pm utk urusan post portem tu. semua anak-anaknya di bawa ke hospital juga. Long yang minta supaya anak-anaknya dapat tengok mama mereka sepuanya dan dapat sama-sama mandikan jenazah.

Dalam jam 4 lebih jenazah selamat tiba. doctor klasifikasikan kematian sebagai ASMA AKOT. iaitu asma yang berlaku secara mengejut dan boleh menyebabkan kematian. kami redha atas pemergiannya ini. lepas jenazah disembahyangkan, kami still menunggu adik beradik arwah dari Terengganu. cuma abg sulungnya yang dah sampai. yang lain belum lagi sebab sesat jalan. dalam kol 5 lebih kami sepakat nak kebumikan sebab tak mau jenazah dibiarkan lama. begitulah perjalanan arwah kakak iparku yang pergi nya takkan kembali lagi. sedih..pilu...dan rasa tak percaya sehingga kini kerana pemergiannya amat mengejut. melihat muka abang ku dan anak-anaknya serami 8 orang itu amat memilukan hatiku. semoga kami semua tabah menerima ujian ini lebih2 lagi untuk abangku dan anak-anaknya. Kami adik beradik akan sedaya upaya membantu Long dalam membesarkan dan memberi perhatian pada anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan