Pages

Selasa, 8 Januari 2013

JauNdiS

oh anakku!!!

Mengikut laporan yang aku baca, semua baby yang baru lahir akan mengalami jaundis @ demam kuning tetapi berada ditahap masing-masing samada rendah @ tinggi.

Ok dipendekkan cerita, kami berdua dapat discharge dr hospital pada 30 Disember 2012, means umur Zayyan 3 hari. then hari keempat aku dah start berurut. AKu ambil pakej berurut dengan Mak Merah. SO, kami kena pergi ke rumah dia di Olak Lempit, Banting. nnti aku cerita detail pasal bab mengurut di entry seterusnya. then, balik dr rumah mak merah kami singgah di Klinik desa utk daftar baby. Punya la busy nurse2 kat sana kan.. 3 Januari 2013 (umur Zayyan 7 hari) baru lah staff nurse dtg check kami. NUrse bgtau baby ada kuning skit so minta refer gi klinik kesihatan. Kami pergi Klinik Kesihatan Cheras. klinik baru so far tak lama menunggu. facilities pun ok.

BAcaan pd 3/1 (baby 7 days old) : 208.7
BAcaan pd 4/1 (baby 8 days old) : 205 (yg ni kami pergi keesokan paginya. so, just turun skit ja bacaan tu)
BAcaan pd 7/1 (baby 11 days old) : 190 (yg ni kami dh try bagi mandi herba beli kat kedai ubat cina tp still turun skit jaaa). doc suruh dtg balik pada hari ke 14. doc kata maybe sebab darah aku O and tak sama dgn baby menyebabkan dia kena jaundis..alolo siannya my baby kena cucuk lagi....)
BAcaan pd 10/1 (baby 2 weeks old) : 128 (alhamdulillah. walaupun tak turun below 100 lagi, tp doktor kata bacaan dah normal dan Zayyan tak perlu serah kaki lagi untuk dicucuk..dlm 3 hari sebelum, kami try bagi serbuk mutiara, aku bubuh dlm susu dia yg aku dh perah selain teruskan mandi air herba tu. aku pun pulun bg breastfeed sekerap mungkin smpaikan dia overflow laa..sory syg..)

* balik tu aku mandikan Zayyan dan bersihkan pusat dia. target aku nak juga bagi luruh pusat harini gak. finally cuci punya cuci..belek punya belek...pusat tu tanggal jugak!!yeyyy puas hati mama! waktu Abg Rayyan dulu, pusat luruh hari ke 40! tu pun ada sedara papa yg keja nurse tu tlg tanggalkan. Alhamdulillah, tok bidan kata mama bleh mula makan jamu bila pusat baby dah luruh! so, sepeti jamu AIr MAncur tunggu mama tu!!! kihihihi

Nasihat ku pada parents lain, janganlah stress sangat kalau anak kena jaundis. ubat yang paling mujarab ada pada ibu itu sendiri. kerapkan breastfeed baby. lagi banyak dia minum...lagi banyak dia membuang. jangan bagi air masak @ ape2 air lain selain dr air susu ibu sebab air lain tu lambat melawas. bawalah anak ke klinik untuk check tahap jaundis mereka. memang rasa tak sampai hati tengok dia dicucuk tp itu semua untuk kebaikan anak kita juga. Insyaallah banyakkan doa dan semuanya kita berserah pada yang Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan