Pages

Selasa, 30 Julai 2013

Ulser serang baby Amsyar

Jumaat lepas ambil Amsyar kat rumah Pengasuh (Ibu) aku pegang Amsyar macam dah panas je badan dia.panas semacam je...agak lewat jugak jemput dia sebab jalan jem. Papa kata berbuka kat luar je sebab jam pun dah nak kol 7pm. Jadinya papa bawak kitorg pergi Putrajaya. Berbuka kat sana then pergi PICC ada jualan Raya Metrojaya. memang tiap tahun kami pergi sini. Harga? boleh lah...Masa kat sini Amysar duduk kat stroller aja. sampai tertidur. Aku memang jaga budak berdua ni aja. Papa yang pilih barang dia. pergi kat aku cuma tanya ok ke tidak..huhuhu. Dalam kereta Amsyar terus tido...

Sabtu...badan memang dah panas. aku kena pergi kerja. Papa jaga budak2 ni. Kol 9am lebih papa call sebab nak buat egg goreng & nugget kat Rayyan tapi gas abis..la pagi tadi ok je aku masak untuk sahur!hihi...End up, papa rebus aja guna rice cooker. aku suruh masak guna deep fryers dia kata tak berbaloi sebab beberapa ketul aja.Habis kerja kol 1 pm aku berdezup balik. singgah kedai beli gas. then minta diorg hantar rmh. Sampai rumah tengok papa tak siap lagi. (petang tu dia kena jumpa supervisor thesis project). papa kata Amsyar nak memerap aja. Aku pegang badan memang panas. Malam kami ada undangan berbuka puasa kat rumah sepupu papa di Putrajaya. Budak2 ni punya Pak Lang Apit jemput kami. Kami tumpang dia sebab nak tunggu papa tak tau pukul berapa dia dapat balik. Aku sempatlah buat puding roti karamel sbg desert utk berbuka nanti. Sampai sana dalam jam 7pm. papa pun sempat sampai sebelum berbuka.

Waktu ni Amsyar memang dah flat betul. Semua sedih nengok Amsyar yang sebelum ni memang rajin senyum dan aktif. Lepas berbuka & solat maghrib kami minta pulang dulu sebab nak bawa Amsyar pegi klinik
kat klinik tebgah tunggu Q. Happy bila dpt tgk adik gelak.. tapi pastu merengek..
Kami pergi klinik famili BTS kat Bandar Tasik Selatan. Memang kami dulu ke klinik ni la waktu kami tinggal kat Kg Seri Malaysia Sg Besi. Walaupun sekarang dah pindah, tapi kami memang serasi dengan Dr Ragu! Abang dulu pun dari start pregnant dia memang kami dah ke sini. Adik plak first time jumpa Dr Ragu sebagai pesakit. So far, Dr Ragu mention adik memang demam..temperature 38 ++ dan ada ulser kat lelangit dia. sebab tu dia merengek tak selesa dan sakit...Sian adik...baru mama tau punca awak merengek dan tak lalu makan...sian adik.Dr Ragu bagi ubat demam, ubat punggung, antibiotik dan juga ubat sapu kat lidah. Balik terus bagi mkn ubat2 tu. Hope Amsyar get well soon..

kacau abang main lego

meniarap ke sana-sini.. karpet ku telah bertukar dengan upin ipin mat ni. xpelah janji selamat dan bersih untuk anak2

Hari Ahad, papa pagi2 lagi dah pergi skol sebab ada presentation pre-thesis dia tu. Mama la handle budak berdua ni. Amsyar nampak better skit but still lemah lagi. Petang plak kami balik Sijangkang sebab ada undangan buka puasa rumah Abang aku. Aku bawak menu desert macam semalam juga puding roti karamel. Amsyar pun merengek lagi sebab tak selesa dengan mulut dia tu. Macam semalam kami pun tak lama kat sisni. selesai urusan terus minta undur diri..tapi sempat menapau makanan untuk sahur dan sempat juga jalan kat Bazaar Raya, Klang.. huhu.

Apapun harap Amsyar sihat cepat...dan kembali jadi anak mama yang sergas dan kuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan