Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

my Besday...missing my arwah emak


Tanggal 12 Okt 2013, aku celebrate besday yg ke-32. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk mengecapi kehidupan di dunia ini. Terima kasih Allah. aku amat bersyukur dan bahagia  dikelilingi 3 orang hero di rumah..i'm only the queen forever...eh xnak lah ..nak gak baby gurl!hihihi..:) tapi aku amat ridukan arwah emak. tahun ni genap 21 tahun emak meninggalkan dunia ini...lama sudah...aku membesar tanpa ibu disisi. Al-fatihah untuk emak..Moga mak aman bersemadi di SANA. dan anakmu ini jua bakal bertemu mu di sana kelak...Mak tunggu Norly ye...

Ok, Kali  ni aku celebrate besday  kat Kedah. sebabnya kan cuti Raya Aidiladha. bertolak balik sana 11hb malam. so, bila tiba 12hb tu...aku teringin la nak mkn indulgence cake kegemaranku kat SR.. aku bgtau papa budak2 ni..minum petang kat sana la..tp papa kata xpelah makan mlm je nanti dia nak bawak ke Muara Ikan bakar..Biasa pergi kat Kuala Perlis tapi papa kata kali ni dia nak try kat Kuala Kedah..aku pun ok je la... Malam dalam lepas magrib sampai sana, papa suruh buka bonet ambik kek!!yahoo...ada kek Red Velvet lagi. rupanya petang tu papa jumpa kwn kitaorg yang memang buat bisnes RV cake ni..thanks papa..for your surprised. bukan apa...kat facebook pulun la kwn aku ni update status pasal jualan kek dia tu...mmg teringin sangat nak try..rupanya, awal-awal lagi papa dah deal dengan kawan ku itu. Luv u la papa! :)
yummy creamy!!!sedapnyer!!!

with my boboy...lagi sorang boy tukang ambil gambar kami!kikiki
Ok. xdpt Indulgence pun dah tak ralat sebab dapat Red Velvet yang memang terbaiklah!! 3 hari aku bukak tutup peti ais ngadap ini cake!..for my pressie, papa bukak kan akaun Tabung Haji ku..kami anak-beranak bukak akaun TH. Moga satu harini nanti kami bakal menjadi tetamu di rumah Allah. Amin..Rayyan dah ada akaun.Kami bertiga je yang baru bukak. Kat sana pun kami settlekan buka akaun SSPN utuk budak bertuah dua orang ni. semua guna duit collection Raya diaorg.

Ok tu aja updated kali ni. sebab nak gak ada entry sempena hari jadi ku!kikiki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan