Hidup berumahtangga memerlukan persefahaman Dan permuafakatan antara suami isteri. Hidup bersama dan memahami tanggungjawab masing2 itu yg dituntut oleh agama.
Tahun ini adalah tahun keenam kami bergelar suami isteri. 3 tahun pertama kami menyewa pangsapuri di kg Malaysia, Sungai Besi.rumah kami ditingkat 13 drpd 16 tingkat. Hidup sederhana dan berjimat untuk kami berdua.Dan rezeki Allah kami dikurniakan anak pada tahun yg sama. Hasil simpanan kami bayar deposit untuk beli rumah di Balakong. Rumah tak besar mana tp kami berpuas hati sebab tidak perlu menyewa lagi. Waktu berpindah ke sini aku tengah berpantang anak kedua. Rumah kondo banyak fasiliti seperti kolam renang dan sistem keselamatan yang lebih baik. Alhamdulillah, kehidupan dan kerjaya pun semakin stabil.
Masuk penghujung tahun lepas suami plak dapat offer pindah ke Langkawi. Dia start kerja bulan disember 2014 dan aku bagi notis sebulan berhenti kerja. Ada yang tanya aku tak sayang ke dengan kerja sekarang? Jawapanku... Memang sayang tapi aku lagi sayang Kat suami Ku! Tak nak pisahkan papa dan anak-anak. Pada aku bila kita redha pasti Allah akan bantu kita. Sebulan berjauhan pun aku dah tak sanggup.. Ni kan pula kontrak dia kat sana at least 3 tahun dan boleh di extend lg ke 5 tahun.lama tu..Lagi2 nak kena handle budak dua org ni sorang2. Agak tensen la juga.
Masa letak jawatan tu aku memang dah bersedia dengan jawatan baru aku nanti sebagai suri rumah sepenuh masa. Agak mendebarkan tetapi perlu ditempuhi demi suami, anak2 dan keluarga kami.
Kepada yang hidup pjj dengan suami tu memang aku respect sangat2. Jiwa anda memang kental. Dan pada yang berkira2 tengah berbelah bagi untuk buat keputusan samada nak ikut suami berpindah ataupun tidak aku sarankan ikutlah kata hati. Buat solat istiharah dan minta petunjuk daripada Nya. Kerana Dialah yang memberi kita rezeki. Penghijrahan kita dengan keredhaan dan keikhlasan hati pasti akan dibantu Nya.
Dah nak masuk 4 bulan aku tinggal di sini. Nanti aku ceritakan macamana kehidupan aku setelah berpindah ke sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan