Pages

Jumaat, 17 April 2015

Cari penyewa rumah

Bila pindah ke Langkawi ni, kami tak bawak perabot Dari Kl sebab jauh dan leceh. Kebarangkalian perabot rosak adalah tinggi. Lagipun kos nye pun tinggi gak. So, kami buat keputusan sewakan rumah dgn perabot skli. Fully furnished. Memang untung penyewa kami sebab semua perabot kami pun baru guna tak smpai 2 tahun pun. Sayang tu memanglah sayang. Takut sofa tu rosak...meja makan..katil king kami tu...tp kan nak buat camna.. Semua perabot tu besar gabak.. Kot kena sewa lori 10 tan baru cerlus! Al maklum kami berdua pun besar tapi comel!hahaha

Untuk Cari penyewa kami Ada iklankan Kat mudah.my tapi kebanyakan yang call agent.diorang Ada datang tengok rumah. almost 1 month jugaklah rumah ni kosong. Finally dapat gak penyewa yang dapat info pasal rumah aku ni melalui guard house. Kebetulan masa 14 febuari tu kami bergegas balik kl sebab ada sorang akak tu nak sewa. Dah tengok rumah tapi ada a few barang yang dia tak nak. So, nak tak nak kami terpaksa balik untuk keluarkan barang tu. Konon akak tu nak bank in deposit tapi tunggu2 tak bank in jugak. Nak tunggu suami balik la.. Petang baru nak pegi bank la.. Macam2 alasan la plak.

Dalam masa kemas rumah tu ada la sorang girl ni datang rumah.. Aku bawak masuk dalam...then terus dia berkenan..dan2 tu terus kata nak sewa. Bila bgtau sewa bulanan dan deposit dia kata semua dah ready..siap boleh bagi cash lagi. Tu pun laki aku saja up harga sebab konon2 kan dah janji kat akak yang call mula2 tu. Tapi pas pikir punya pikir akak tu pun konon nak bank in deposit Dari semalam tapi tak bank in pun..macam2 alasan. Dan girl tu pun bila dah balik call kami lagi bagitau memang betul2 dah berkenan nak sewa rumah aku tu.

So, finally kami decided bagi la Kat girl tu. Nama dia Ana..kerja di supermarket dekat je dengan rumah kami. Kiranya Jalan kaki aje. Supermarket tu memang dia yang jaga. Bos memang sayang Kat dia.. Ada hostel tapi macam take selesa sebab kena share dengan staf2 Indon dia.  Ana ni ibu tunggal Ada sorang anak tinggal dengan mak dia. Bila dah ada rumah ni dia plan nak bawak emaknya duduk sekali. Malam tu terus jumpa dia Kat supermarket dia bagi deposit Dan lepas tutup kedai dia datang rumah. Kami handover kunci terus. Moga Ana dapat jaga rumah kami ni macam rumah sendiri..






Rindu nya aku Kat rumah ni.. Walaupun kecik tapi dah cukup selesa buat kami sekeluarga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan