Bila dah jadi suri rumah ni, full time memang akan duduk rumah. Keluar pun antar anak pergi dan balik sekolah. On da way tu singgah la pergi market beli lauk nak buat masak. Biasanya pergi sebelum jemput si abang kat school. Kira keluar rumah awal la skit. So, tak de la pening sangat kena handle sprang je. Sekarang ni pun si adik dah banyak peel. Pantang lepas berlari la dia ke Sana sini. Jadinya aku dah jarang ke shopping complex melainkan kalau emergency sangat.
So, memangla aku tunggu sangat weekend. Sini kan cuti jumaat dan sabtu. Tapi seharian semalam papa diorang busy kena attend event. Kalau nak tau kat langkawi ni memang banyak sangat event. Geram la gak.. Masa aku telah dicuri!hihi.. Harini pun pagi-pagi lagi dia dah keluar ada event. Aku takdelah nak bawak budak berdua ni keluar. Memang takkan terkawal. Jadinya dok la senyap2 je kat rumah ye anak2...xde makna nye diorg senyap! Gaduh-main-tengok tv- sepahkan rumah la kerja diorg..pengsan mama! Huh!
Barulah kini aku faham perasaan seorang suri rumah. Kalau dulu masa aku kerja,hari weekend lagi suka lepak Kat rumah. Malas sangat nak keluar. Kalau keluar pun sebab beli barang dapur ja. Sekarang baru padan dengan muka aku! Dushh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan