Pages

Selasa, 6 September 2016

Amsyar suka pergi sekolah

Selasa | 7.10 am |

Hujan tengah lebat. Dengan sekali kejut, lantas dia bangun tidur. Minta minum susu.usai selesai terus mandi. Pakai baju, ambik beg dan terus ajak papa nya pergi sekolah. Alhamdulillah..abang yang ini memang mudah bangun pagi walaupun tidur malam lewat. Tapi ada jugak kadangkala akai dia tak mahu ke sekolah. Kita tak paksa sebab dia pun kecil lagi.belum 4 tahun lagi pun. Hujung bulan 12 nanti baru birthday dia.

Macam dia ni kena guna reverse psikologi. Kalau mood tengah tak berapa ok mama saja cakap.. Amsyar tak payah pegi skul ye..amsyar duduk la rumah je ye.. Amsyar tak payah la jumpa kawan2.. Bila cakap camtu cepat2 dia bangun pergi mandi.

Sejak puasa haritu aku jemput dia tengahari walaupun sekolah dia balik jam 5. Masa tu aku dah sarat sangat. Jemput abang nya balik sekolah terus jemput dia sekali. Tak larat nak keluar drive dua tiga kali. Masa berpantang papanya pulak yang hantar dan jemput dia. Masih lagi ambil tengahari. Insyaallah lepas cuti raya haji nanti aku jadi pilot balik seperti sediakala bertemankan co pilot mikha! Hihi.. Btw, harini mikha dah 57 hari.

Moga Amsyar terus semangat dan rajin ke sekolah. Tahun depan rancangnya nak hantar kan dia ke tadika islam dekat masjid al hana. Nak terapkan dan tanamkan ajaran agama kat dia. Anak-anak aset kita bila kita tiada nanti. Doa mereka la yang kita nantikan.

Abangnya harini sekolah juga.semalam, esok dan lusa cuti sebab tengah upsr. Cuti gilir2. Sekolah ada bagi jadual. Ok jugak abang cuti, boleh tolong jagakan baby..dia boleh diharap jugak. alhamdulillah..ringan tulang dia tolong mama.

Ok,baby tengah tidur..nak sidai baju sekejap. Wassalam..

Khamis, 1 September 2016

Aktiviti Hari Merdeka

Malam merdeka kami pergi main bowling.sudah lama sangat aku tak main. Sebelum puasa haritu office papa ada buat tournement bowling. Cabutan bertuah dapat voucher main bowling..buy 1 free 1. Adalah dapat 3 keping dan voucher tu expired 30 Ogos. Jadinya gigihla ajak papa main bowling. Haritu datang mika dalam perut lagi.kalini mika dah berusia 50 hari.

Abang rayyan main masuk longkang aje.lepas tu sentap..nanges! Sabar aje laa..si amsyar pun sama juga. Tapi bila dapat jatuhkan pin..excited happy sangat. Diorg main bola no 5 je.bola paling ringan.First round papa main.then, second round dia bagi kami main aje. Dia jaga mika. Kesian kat mika. Nak tidur pun tak senang sebab asyik kena passing sana sini.sekejap aku dukung.. sekejap papa dukung. Pening dia. stroller dia kami tak beli lagi. Nanti balik kl raya haji baru plan nak beli. Abangnye punya dulu dah selamat papa jual kat besi buruk masa kami nak pindah sini dulu! sedihkan..uhuk

Oh ya! dapat main bowling memang best laa..pulun giler aku main! Mak yang terlebih excited. Lepas gian weyyy..hahaha.tapi dalam pada tu aku beringat jugakla yang aku baru lepas bersalin.bola pun ambik yang ringan aje..guna tenaga tangan. Tak melibatkan bebanan pada badan dan perut.

Lepas main..budak2 pun tidur kepenatan.plan nak makan chicken chop otw ke chenang tapi tutup pulak. Patah balik ke kuah makan kat restoran mamak tempat kami biasa lepak. Budak berdua tu memang dah nyenyak sangat jadi keluar bawa mika sahaja.aku makan cheese nan with thandori chicken.memang teringin sangat nak makan.bila habis pantang macam-macam pula aku mengidam.kalah masa mengandung dulu..licin aku makan.sedap giler! akhirnya kami sambut merdeka tepat jam 12 kat kedai mamak! Budak2 convoy basikal lepak kat situ. Jadi havocla ramai2 laung MERDEKA!

Balik terus  tido..camna tak gem..haha

Pagi hari merdeka kami ke cable car pula. Harini ada perasmian kiddytown (latest product by panorama). Papa kena attend perasmian jam 11 pagi. Pagi tu ada colouring contest. Amsyar tak join pun walaupun ramai kawan tadikanya join.amsyar ni pegang pensil pun kadang tak betul..apatah lagi colouring memang fail la..baik tak payah masuk.tapi dia excited nak cepat sampai..nak jumpa kawan3 kononnya..

Selesai majlis tu, kami balik..tak boleh nak lama-lama sangat kesian kat mika..kecik lagi. Lagipun sangat berat dukung si bam bam ni..lenguh tangan tau! Balik tu sampai kereta kunci takde dalam poket papa. rupanya papa dah tercicirkannya. Jenuh papa cari merata..patah balik ke kawasan cable car.jauh pula kami parking. at last tanya org jaga parking dan diorg tolong caarikan..dan jumpa.ada orang jumpa dan bagi security guard. Alhamdulillah.

Balik singgah lunch kat cafe kaki gunung makan nasi arab! Tempat feberat kami..sedap sangat2. Banyak aku makan..pejam mata laa..pasni baru diet! Haha

Balik tu dah tak larat nak singgah mana2 lagi. Sampai rumah terus pengsan! ;)

Inilah kisah kami di Hari Merdeka! Bangga menjadi rakyat Malaysia. Moga negara kita kekal aman, makmur dan di bawah lindungan rahmatNya..amiin..

Ahad, 28 Ogos 2016

Habis pantang.. Mama dan mika

Alhamdulillah..selesai berpantang untuk kali ketiga. Overall, berpantang kali ni agak koboi.. Biasalah jaga diri sendiri. Dengan anak2 lagi..kemas rumah..basuh baju..masak. Syukur tak de bentan.. demam..aku dan baby sihat.

Kiranya untuk kali ni, 12 hari awal tu berpantang rumah mertua sebab bersalin kat hospital alor star. Lepas tu baru balik Langkawi.

Tapi lepas seminggu tu ada gak balik alor star sebab mertua nak pergi haji.

Nanti story panjang.saja je sempena dah merdeka ni nak tepek gambar mama dan mika..dalam kereta je pun..first time breakfast kat luar lepas bersalin! Makan roti canai! Hehehe

Sabtu, 27 Ogos 2016

Tip bawak baby naik kereta.. Mika co-pilot mama

Harini mika dah berusia 47 hari. Ini bermakna mama dah merdeka! Yeayyy...(walaupun pantang koboi je pun).. Tapi kira officially la kan..dah boleh keluar rumah tanpa rasa bersalah! Haha

Semalam lepas breakfast, hantar terus papa ke airport..dia ada meeting kat kl. So, balik tu aku la drive. Kiranya ni first time la drive after bersalin (awal bersalin ada lah 3 hari drive ulang alik klinik check kuning mika tp dekat je klinik tu dengan rumah). Yang ni airport ke rumah adalah dalam setengah jam. Alhamdulillah mika bagi kerjasama. Senyap je baring kat tempat tido dia..dia tak tido..sekejap pandang aku..sekejap pandang luar..tapi tak menangis pun. Gud boy la awak mika.

Petang tadi plak kena jemput papa. Dah la kuat dah nak maghrib dalam jam 7 lebih sebab flight landing jam 8. Saja bertolak sebelum gelap. Tak nak kalut bawak 3 hero yang pelbagai ragam ni.

Ni tip aku bila nak bawak baby naik kereta(kena drive sendiri):

1. Bagi nenen sesiap. Bagi dia kenyang. Mika ni taknak hisap susu botol. Tu yang kali ni aku agak malas nak buat stok. Sebelum ni ada jugak ke klinik ke..pegi jalan ke..aku memang standby siap2 pam susu. Senang la nanti tak payah selak baju.nak bagi susu botol je tapi takdenye dia nak! Buat2 muntah! Sabo jela... So, bagi nenen dan pastikan dia kenyang.

2. Mandikan dan tukar pampers. Bagi dia selesa dan wangi.. macamana kita bersiap wangi2 nak pergi jalan..camtu juga dia.. Kena ada timbulkan mood nak jalan2 naik kereta.

3. Sapu minyak angin.Yang ni pun penting. Dulu kecik2 kita naik kereta pun akan pening..mabuk sampai muntah kan! So, baby pun boleh camtu gak. Jadinye sapu minyak angin siap2 kat perut dan tapak kakinya. Mesti dia akan tersenyum gumbira.

4. Babyseat. Baringkan kat babyseat yang sesuai untuk baby. Punggung baby lembut lagi..so, jangan pulak bagi duduk kat carseat untuk budak plak.

Alhamdulillah, mika senyap je dalam kereta walaupun abang2 nye buat onar kat belakang. Biasalah dalam kereta pun main! Bising plak tu! Sabar je la mika ek!

Mika kena biasakan diri hidup dalam kereta sebab lepas ni tiap hari akan jadi co pilot mama.. Antar dan jemput abang2 pergi balik sekolah! Ermmmm...mama sayang mika

Jumaat, 26 Ogos 2016

Sukaneka school Amsyar

#24 Ogos 2016

Hari potensi taska permata parlimen Langkawi. Ada 5 buah taska. Tahun ni mereka buat sukaneka di taman lagenda. Kat tepi pantai. Konsep berkelah santai sambil sukaneka.

Best! Sangat happening. Even haritu aku baru genap 44 days berpantang tp tetap juga hadir beri sokongan. Tawakkal je la kuar rumah. Alhamdulillah, niat yag baik aku dan baby sihat tak demam.

Kebetulan hari sebelum tu dah start hukan.walhal sebelum ni panas terik  dan dah lama tak hujan. Pagi tu cuaca dah ok cuma dingin skit takde  matahari. Jam 9 gitu start dengan senamrobik ( Papa dpt no 4).. Then acara waris..pertandingan makan biskut ( yeyyy! Papa Johan!).

Selesai tu..sukaneka utk budak 3 tahun dulu. Ada lah dlm 4 acara. Then baru la sukaneka utk budak 4 tahun. Amsyar masuk semua tp menang sorak je! Penat makbapak bersorak oii! Diorg selamba je bersukaneka mcm taknak menang! Tapi takpelah..asalkan dia nak participate.

Tinggal acara last tiba2 hujan lebat. Pakat semua berteduh Kat khemah hadiah.hujan beserta angin kuat. Mengucap aku banyak2 sambil peluk mikha. Taknak bagi kena tempias hujan. Diorg pun pakat ramai2 peluk tiang khemah taknak bg terbang. Memang seriau la kami time tu. Acara penyampaian hadiah diteruskan. Bersesaklah kami dalam khemah tu.

Adalah dlm setengah jam hujan pun reda. Dalam jam 1.50 Papa sampai ambik rayyan balik sekolah. Oh ya..tgh acara budak 3 tahun, Papa pergi kerja sat. Biasalah orang busy..sayang sangat dengan kerja nye..tp dia kata dah menang dapat hadiah kan..kira oklah! Iye la paaa..

Overall, Kira best dan happening event ni. Next program rombongan ke kl bulan depan tapi kami tak join. Jauh sangat. Lagipun raya haji nnti kami balik sana.Event family day bulan 11 nnti boleb join sebab buat kat hotel sini je. Insyaallah

Khamis, 11 Ogos 2016

Ringkasan hari2 awal kelahiran Mikha

12  julai 2016/selasa
- mikha lahir jam 2pm

15 julai /jumaat/day4
- mikha discaj jam 4.30pm

16 julai/sabtu/day5
- mikha akikah sekali kenduri kesyukuran tokwan n tokmah pegi haji

- ulang alik p klinik utk ambil darah sbb jundice

22 julai/jumaat/ day11
- cukur rambut - botak by Bidan yang urut mama
- mlm masa nak salin pempers.. Mama tengok pusat mikha dah luruh..alhamdulillah :)

23 julai/sabtu/ day12
- Balik langkawi naik roro
- home sweet home sayang

25 julai/isnin/day14
- ke klinik untuk check jundice. Ada jaundice sikit lagi..so, kena ambil darah di tangan. Doktor akan call kemudian untuk inform result nya.

1 Ogos
- doctor call, result darah ok. Jaundice normal. Means tiada effect pada hati dll. Alhamdulillah

3 Ogos
- mikha naik feri lagi..sebab esok tok wan dan tok mah nak pergi haji
- turun di Kuala Perlis.. Cepat sikit naik feri. Risau pulak mikha meragam tapi alhamdulillah..mikha gud boy

4 Ogos/khamis/day24
- lepas maghrib Tok Wan dan Tok Mah akan berangkat pergi ke airport. Sementara ada imam datang untuk bacakan doa, kami minta imam tahnikkan mikha. Alhamdulillah.. Sampai hajat kami nak 'belah mulut' mikha. Moga jadi anak yg soleh ye sayang.

Rabu, 10 Ogos 2016

Anak ketiga lelaki

Alhamdulillah..

12 Julai 2016, bersamaan 7 syawal 1437h, jam 2 petang- saya selamat melahirkan seorang lagi baby boy yang diberi nama Muhammad Dayyan Mikhail bin Mohd Zamri. Mikha lahir genap 38w2d, dengan berat 3.82kg.

Moga Mikha membesar menjadi anak yang soleh, bijak dn menjadi kebanggaan kami sekeluarga. Mama, Papa, Abg Rayyan Ukasyah dan Abg Zayyan Amsyar sangat sangat sayang pada Mikha.

Harini genap sebulan Mikha lahir. Later mama story lagi perkembangan mikha ye.