Pages

Khamis, 28 Januari 2010

Pengalaman Bersalin Part 1

Harini 29 Disember 2009 genap sudah 39 hari anak mama dan papa MUHAMMAD RAYYAN UKASYAH BIN MOHD ZAMRI lahir ke dunia. Harini mama baru ada mood untuk menaip. Maklumlah mama kan tgh berpantang.opiz cuti 2 bln. So keja2 menaip ni pun kena ar berpantang gak!!hehehe.mama masih berada di kampung halaman papa di Kepala Batas. Sedang menghabiskan sisa-sisa terakhir berpantang di sini. Isnin depan 3/1/2010 genapla mama 44 hari. Dah nak hampir sebulan jugaklah mama dan rayyan duduk dengan tok dan wan. Kita balik ke sini pada 5 Disember lepas. Mama nak ceritakan momen terindah mama semasa detik melahirkan rayyan.


19 NOVEMBER 2009 (Khamis)

Harini merupakan hari EDD mama genap 40 minggu.kata doctor kalu tak bersalin gak pada tarikh ni mama kena p hospital. Mama tunggu papa balik dari PTK. Oh ya!!papa ada PTK dari hari Isnin lagi. Dia awal2 lagi dah pesan pada Rayyan supaya jgn kuar dulu. Tunggu sampai papa habis PTK. Nampaknya Rayyan memang dengar cakap papa. Good boboy!papa kata. Jam 12 tgahari kami p HUKM ( tok dan wan baru je sampai dari kg tgh mlm td). Depa pun nak ikut gak walaupun letih. Syukur org tak ramai kat hospital. Bila dah turn mama surprisingly doc kata bukaan dah 2cm. scan baby 4.3kg.estimate +- 500g.besaqnyer anak mama ni!!so that time tu gak mama kena masuk wad. Bermulalah hidup mama untuk berjuang di medan perang.hihihhi. Mama dok kat wad Nilam katil 6. Waktu melawat petang papa dtg bawak makanan dan segala bekalan makanan untuk mama.banyak stok mama maklumlah makanan hospital ni tau2 je laaa…org sakit jd bertambah sakitnyer!!huhuhu.
rutin staff nurse dan practical students dtg untuk check tekanan darah, jantung baby dan ctg. Students ni pun ramai lah yg mai interview. Jenuh mama jawab. Depa kata perut mama besaq sangat.kembar ker??betul ke nakbersalin normal??mama kata try la dulu. Doctor pakar Lim pun bagi mama try bersalin normal dulu dalam 6-8 jam. Kalu tak ada progress terus tolak p c-zer. Hari ni je 4 kali mama kena seluk. Mula2 tu mmgla sakit dan tak selesa tapi lama2 mama pasrah. Malam lena diulik mimpi.


Rayyan dalam peyot mama lagi


CTG- Pergerakan Rayyan dlm peyot mama...aktif tau anak mama ni

20 November 2009 (Jumaat)
Kat hospital kena bangun awal tau!kena p mandi dan staff nurse jalankan keja depa. Papa dtg teman mama bwk bekal. Ptg plak yag lain2 mai. Harini seluk Cuma 3 cm je. Doc kata kalu mlm ni tak sakit gak esok mama akan di induce. Malam tu mama tido xlena. Cuak gak. Dahle asyik dengar org nak bersalin la…baby nangis la…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan